[VIDEO] “Laju belakang bang.. Ehhh, Myvi ni..” Wanita Ini Ketika Rakam Insiden Myvi Langgar Myvi Tarik Perhatian Netizen

Malang tidak berbau, oleh itu setiap pengguna jalan raya disarankan untuk berhati-hati semasa berada di jalan raya.

Terutama apabila kenderaan di hadapan memperlahankan kenderaan dan keadaaan jalan nampak agak lenggang dari biasa.

Tular video sepasang suami isteri merakam satu kecelakaan jalan raya

Itu juga merupakan tanda-tanda mungkun berlaku kecelakaan, sekatan atau kesesakan jalan raya di hadapan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana sepasang suami isteri sedang merakam satu kejadian kecelakaan jalan raya yang berlaku di lebuh raya berhampiran rumah mereka.

Sebuah kereta berwarna biru sudah terbalik

Menerusi video berkenaan kelihatan sebuah kereta berwarna biru sudah dalam keadaan terbalik.

Selain itu, ada beberapa kenderaan lain sudah meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang terperangkap di dalam kereta.

Sudah ada orang memberikan isyarat perlahankan kenderaan

Ketika pasangan suami isteri tersebut membuat rakaman, secara tiba-tiba ada sebuah Perodua Myvi berwarna putih bergerak dengan laju.

Perodua Myvi itu berada di laluan paling kanan walaupun sudah ada orang memberikan isyarat untuk memperlahankan kenderaan.

Perodua Myvi gagal memperlahankan kenderaan 

Oleh kerana Perodua Myvi tersebut gagal memperlahankan kenderaan, kenderaan itu nyaris mahu melanggar orang di hadapannya.

Bagaimanapun, Perodua Myvi itu telah merempuh konkrit pembahagi jalan lalu menghentam sebuah lagi kereta Myvi yang betul-betul berhenti di belakang kenderaan yang sudah terbalik.

Raih hampir 2.2 juta tontonan tidak sampai 24 jam dimuat naik

Akibat dari pelanggaran tersebut, kedua Perodua Myvi berwarna putih itu melanggar sebuah bas yang berada berhampiran.

Posting rakaman video ini telah meraih hampir 2.2 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik tidak sampai 24 jam video berkenaan di muat naik di aplikasi TikTok.


Celoteh gementar si isteri tarik perhatian

Walaubagaimanapun, aksi si isteri memberikan celoteh komentar mengenai situasi kemalangan yang berlaku telah membuatkan orang ramai terhibur.

Rata-rata netizen geli hati mendengar si isteri seolah-olah menceritakan semula kepada suami satu per satu apa yang terjadi walaupun si suami berada di sebelahnya.

Laju bang belakang bang eehh Myvi ni

“Laju bang belakang bang. Eeeh, Myvi ini. Bang, bang, bang. Haa, kan saya dah kata bang. Sebab dia laju sangat,” terang si isteri bersungguh-sungguh kepada suaminya.

Namun begitu, ada juga netizen yang berasa geram dengan kedua-dua suami isteri tersebut.

Ini kerana pasangan ini beberapa kali mereka mengerakkan telefon semasa merakam detik-detik yang mencemaskan.

Myvi buat hal lagi

Menurut salah seorang pengguna TikTok yang berada semasa kejadian, dia sangat terkejut apabila melihat kejadian itu.

Dia tidak menyangka kereta Myvi putih yang dinaiki dua orang wanita melanggar sebuah lagi Myvi berwarna sama lalu merempuh sebuah bas.

@nasilemakdagingpower@liaremlee♬ original sound – NasiLemakDagingPower

Semoga semua mangsa selamat

Namun, rata-rata netizen turut mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya itu.

Mereka juga turut berpesan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.