[VIDEO] KKM Sahkan Lelaki Dari Selangor Warganegara Malaysia Pertama Positif Koronavirus

Seorang lelaki berusia 41 tahun dari Selangor menjadi rakyat Malaysia pertama disahkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV).

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selaku Menteri Kesihatan berkata mangsa menghadiri mesyuarat bersama beberapa delegasi antarabangsa termasuk China di negara jiran pada 16 hingga 23 Januari lalu.

Katanya, keluarga terdekatnya akan diletakkan dalam ‘home surveillance’ selama 14 hari.

Dzulkefly turut mengesahkan dua lagi kes baharu positif di Malaysia, menjadikannya 10 kes setakat ini.

Berita selanjutnya akan dikemaskini.