Connect with us

Semasa

Maut Didakwa Dilanggar Lari, Luahan Rakan Pilu Arwah Tinggalkan Isteri & Anak Kecil

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya didakwa dilanggar lari berhampiran Lebuhraya Shah Alam (KESAS), semalam. Dalam kejadian jam 6.40 petang itu, Zulkifliy Yusof berusia 29 tahun yang bekerja di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook yang memuat naik beberapa keping gambar kejadian termasuk kad pekerja Allahyarham. Inalillah… […]

Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar lari berhampiran Lebuhraya Shah Alam (KESAS), semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.40 petang itu menyebabkan Zulkifliy Yusof berusia 29 tahun yang bekerja di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden tersebut dikongsi seorang pengguna Facebook yang memuat naik beberapa keping gambar kejadian termasuk kad pekerja Allahyarham.

Handset pecah

“Kejadian hari ni 3 Feb 2020 pukul 6:40 ptg lebih kurang kes Langgar lari mangsa meninggal di Hgway kesas sape2 ada kenal boleh la dtg terus dekat flyover exit puchong 511B menghala ke Shah Alam baru je berlaku ni…

“Henset arwah pecah xleh nk contact saudara-mara…Inalillah….tolong share gais semoga dipermudahkan”

Malah, beberapa sahabat Allahyarham turut memohon orang ramai yang menjadi saksi kejadian agar tampil menyalurkan maklumat.

Mereka juga meluahkan rasa sebak dan sedih atas kehilangan arwah Zulkifliy.

Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan dua anak kecil hasil perkahwinan dengan isterinya Syahadah Tarmidi.

Menurut perkongsian kenalannya, Allahyarham turut disenangi rakan sekerjanya di SPNB.

Tolong salurkan maklumat pada saya

“Saya terpanggil untuk share disini..sesiapa ada maklumat tentang kemlangan di hway kesas kes langgar lari boleh la salurkan maklumat pada saya..agar kita dapat memudahkan urusan waris2nya..”

“Arwah masih muda dan ada anak kecil 2 org dan arwah amat disenangi rakan2 sepejabat”

 

Allah lebih menyayangimu sahabatku…

‘Ya Allah, Ampunilah sahabatku ini, naikkan darjatnya diantara orang2 yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga serta keturunannya yg masih hidup.

“Ampunila dia dan kami, luaskan kubur baginya dan berikan cahaya didalamnya’ aaminn..”

Zulkifli yusof 1991 – 2020


Ramai sayang kan ko kat opis

“Sahabat…hampir tiap pagi kita srpn sama…pg td pun masih lg srpn sama…tgh ari kita bergurau…mlm ko pergi buat selamanya…

“Kalau selisih dgn ko kat opis..mesti ko nk peluk & raba aku..pastu salam…lu baik bro…ramai sayang kan ko kat opis…tp Allah lg sayang kan ko…

“Ramai yg doakan ko ni…semoga roh nya tenang,kubur ko diluaskan & diterangi Allah..bersemadi la dgn aman..sahabat..doa sahabat lain setiasa mengiringimu…

“Al-fatihah”

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.