Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo menyatakan sokongannya secara langsung terhadap Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan untuk menewaskan Justin Gaethje pada perlawanan UFC 254.

Menerusi ‘live’ di laman Instagram miliknya, Ronaldo membalas soalan para peminatnya dengan berkata:

Of course, of course, Khabib is going to win! (Sudah tentu, sudah tentu, Khabib akan menang!)

“My brother! Inshallah! (Saudaraku! Inshallah!)”

 

View this post on Instagram

 

“Sudah tentu Khabib akan menang saudaraku, InsyaAllah” – Cristiano Ronaldo

A post shared by YOY Network (@yoynetwork) on

Dua bintang ternama itu sebelum ini bertemu pada 2018, ketika kedua-duanya bergambar dan Khabib memegang jersi bintang Real Madrid itu.

Khabib yang tidak pernah tewas menjadi tajuk utama Fight Island minggu depan berdepan Gaethje dalam kategori lightweight.

Pemain pasukan negara Portugal itu kini menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 – meramalkan Khabib, 32, akan mengekalkan mahkotanya.

Cristiano Ronaldo adalah peminat UFC dan sebelum ini berlatih dengan bekas lawan Khabib, Conor McGregor, 32.

McGregor dan pemenang lima kali Ballon d’Or itu bertemu di Las Vegas pada tahun 2016.

Ronaldo kemudian menjemput bintang Ireland itu dan jurulatihnya, John Kavanagh ke majlis keraian Jennifer Lopez.


Rata-rata netizen terutamanya yang beragama Islam dan penyokong Khabib amat menghargai ucapan Cristiano Ronaldo itu.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.