[VIDEO] “Kesian pakcik tu” Lelaki Berbaju Merah Tumbuk dan Curi Makanan Peniaga Tua

Sememangnya, mencari rezeki di atas muka bumi ini adalah keperluan untuk meneruskan hidup dan menyara keluarga. Pelbagai perkara boleh dilakukan untuk meraih pendapatan tidak kiralah sama ada memberi pulangan yang lumayan atau tidak. Namun begitu, pelbagai cabaran dan ujian perlu dihadapi dalam setiap perkara yang kita buat, malah kadang-kadang itu boleh membuatkan kita mengalami kerugian. [...]

Sudah menjadi keperluan bagi kita mencari rezeki untuk meneruskan hidup dan menyara keluarga di dunia ini.

Ada bermacam perkara boleh dilakukan untuk meraih pendapatan tidak kiralah sama ada memberi pulangan yang lumayan atau sekadar untuk menampung kehidupan.

Walaubagaimanapun, pelbagai cabaran dan ujian perlu dihadapi dalam setiap perkara yang kita buat, malah kadang-kadang itu boleh membuatkan kita mengalami kerugian.

Melalui satu perkongsian di laman sosial Facebook, tular satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki penjual roti dipercayai berhadapan dengan pelanggan yang tidak mahu membuat bayaran makanan yang diambil.

Menerusi rakaman video tersebut, lelaki berbaju merah itu dilihat mengambil beberapa bungkusan roti yang digantung dan terus beredar tanpa membuat sebarang pembayaran.

Apabila peniaga tua itu sedar dengan perbuatan pemuda itu, dia dilihat mengejar lelaki itu untuk mengambil semula roti-roti jualannya.

Tetapi malangnya, pemuda berkenaan enggan melepaskan semula roti yang diambil malah menyembunyikan di belakang badannya.

Lebih teruk lagi, lelaki itu bertindak menolak peniaga tersebut dengan menghayunkan tangannya ke arah dada peniaga tersebut dan terus beredar.

Dapat dilihat bagaimana peniaga berkenaan memegang dan mengusap dadanya yang telah ditumbuk oleh lelaki berbaju merah itu.

Meskipun tidak dapat dipastikan punca sebenar mengapa pemuda berkenaan berbuat demikian, namun sikap yang dipamerkan sangat tidak wajar.

Rata-rata netizen jelas kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pemuda itu malah ada yang menyalahkan orang sekeliling yang tidak membantu dan hanya melihat perkara tersebut.