[VIDEO] “Dibalik topeng ada airmata” Atuk 71, Buka Maskot Lap Peluh Bila Tiada Pengunjung

Meniti usia tua, kebanyakan dari mereka yang berusia sudah tidak mampu untuk keluar bekerja atas faktor usia dan kesihatan.

Walaupun diantaranya masih sihat namun keringat tua mereka sudah tidak mampu dikerah dan tiba masanya mereka perlu berehat.

Mencari rezeki diusia tua bukan lagi keupayaan golongan tua. Namun begitu, tidak semua orang beruntung untuk berehat walaupun telah melangkau usia tua mereka.

Sebelum ini telah tular di Malaysia sebelum ini apabila seorang makcik berusia 56 tahun memakai maskit Hello Kitty di pantai Teluk Cempedak.

Disebalik keceriaan maskot Hello Kitty itu menghiburkan pengunjung sekitar pantai Teluk Cempedak pastikan banyak keperitan yang telah dilaluinya.

Namun begitu, demi sesuap nasi makcik berumur 56 tahun itu gigih mengerah keringat tuanya untuk mencari rezeki.

Terbaru, telah tular kisah seorang atuk di Indonesia yang berusia 71 tahun yang masih gigih mencari sesuap nasi dengan bekerja sebagai Maskot.

Seorang warga emas lelaki di Bandung Indonesia turut meraih simpati netizen apabila melihat susuk tua ini masih gigih mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

 Atuk berumur 71 tahun itu, memakai maskot menghiburkan pengunjung demi menampung kehidupannya di Bandung.

Difahamkan, atuk ini menghiburkan orang ramai dengan memakai maskot di sekitar Bandung.

 Menerusi satu temubual, warga emas berusia 71 tahun itu mempunyai isteri dan lima anak yang semuanya sudah bernikah tetapi beliau tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya.

Gambar yang telah tular memperlihatkan atuk ini membuka patung maskotnye untuk berehat dan mengelap peluhnya.