[VIDEO] Kerja Offshore Jauh di Tengah Laut, Luluh Hati Dapat Tahu Tunang Nak Kahwin Dengan Orang Lain

Kita sedia maklum, kerja offshore sememangnya menjanjikan gaji dan pulangan yang sangat besar.

Kita juga tahu kerja ini akan berjauhan dengan keluarga untuk beberapa bulan, tidak boleh berhubung dengan dunia luar bahkan risikonya sangat berbahaya.

Bukan calang-calang kerja, bidang ini memerlukan mental dan fizikal yang kuat.

Namun apa yang membimbangkan, sementara berjauhan mencari rezeki tiba-tiba dapat berita yang meluluhkan hati.

Begitulah yang terjadi pada seorang pemuda yang baru baru ini tular di aplikasi Tiktok.

Menerusi Video yang berdurasi 15 saat itu, kelihatan satu susuk tubuh pemuda bersendirian seolah-olah melayan perasaan sambil meneliti telefon bimbitnya sementara orang lain sibuk kehulu kehilir menjalankan tugas.

@_doreyzzKawan dapat tau tunang dah nak kahwin dengan orng lain😌##anakrantau ##pergikeranatugaspulangkeranacinta ##Tenang♬ original sound – SHAFIQMANAN

Rupa-rupanya, perakam yang juga merupakan rakan kepada lelaki tersebut mendedahkan bahawa dia baru sahaja dapat tahu tunangnya kini bakal berkahwin dengan orang lain.

Melihat keadaannya begitu, rakannya memberi kata-kata semangat agar lelaki itu terus kuat menjalani hari-harinya.

Walaubagimana pun, apa yang menarik perhatian ramai, pemuda itu tidk pernah lekang dengan senyuman setiap kali rakannya perasan gelagatnya itu.

@_doreyzzReply to @adhamafiq25 dia okay ja bang 😊@_amalgreat ni orng dia bang♬ Terima Kasih – IamNeeta

Namun pun begitu. Setiap senyum punya makna tersendiri. Senyum juga adalah pilihan terakhir kita untuk menutupi 1001 kesedihan sementara ianya tidak terluah dengan kata-kata

Video tersebut mendapat perhatian ramai oleh kerana ketabahan lelaki itu untuk menerima segala kenyataan. Mana kan tidak, lelaki yang sedang ‘berjuang’ demi hubungan yang tinggal lagi selangkah untuk menuju halal hancur begitu sahaja disebabkan pasangannya membuat keputusan unutk bernikah dengan orang lain.

Saat artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih 228.4k sementara ruangan komen dibanjiri dengan kata kata semangat.

Menjengah diruangan komen, ini adalah beberapa pandangan daripada para netizen:

“Bro sebagai kawan dia kau kena bagi kata2 semangat dekat kawan kau tu jangan biarrrkan dia keseorangan,”

“Dhla hensem. Tunang dia xnk bg kt saya jela,”

“Kadang takut tengok jadi gini, kita busy cari duit si dia melayan orang lain”