[VIDEO] Keputusan Inkues Adib Jumaat Ini, Bapa Menangis Rayu Doa Orang Ramai

Tinggal tiga hari lagi keputusan inkues kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib bin Mohd Kassim akan diketahui. Sememangnya, sebahagian rakyat Malaysia sangat menantikan sesuatu khabar melegakan daripada keputusan tersebut. Oleh hal yang demikian, Kesatuan Bomba dan persatuan pesara-pesara Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menyarankan agar setiap balai bomba melakukan solat hajat serta tahlil kepada [...]

Hanya beberapa hari lagi keputusan inkues kes anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib bin Mohd Kassim akan diketahui.

Sebahagian besar rakyat Malaysia sangat menantikan keputusan yang seadilnya terutama buat Allahyarham.

Rentetan daripada itu, Kesatuan Bomba dan persatuan pesara-pesara Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menyarankan agar setiap balai bomba melakukan solat hajat serta tahlil kepada allahyarham Muhammad Adib.

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi Friends of Bomba di laman sosial Facebook rasminya sejak semalam.

Di dalam posting di Facebook itu juga, satu video rayuan bapa kepada Adib telah dimuat naik benar-benar menyentuh hati netizen.

Ucapan yang disertakan dengan linangan air mata itu juga merayu agar keputusan inkues tersebut berpihak kepada mereka.

Melalui video tersebut, bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64 telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak henti-henti mendoakan agar segala urusan inkues ini berjalan lancar.

Mohd Kassim juga berharap agar keputusan yang akan diterima kelak langsung tidak ada campur tangan daripada pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mempolitikkan isu tersebut.

Malah, Mohd Kassim turut memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan dan melakukan solat hajat bagi keputusan yang akan diketahui Jumaat nanti berpihak kepada Adib.

Menerusi ruangan komen yang diterima di Facebook, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih mendengar luahan bapa Allahyarham Adib.

Sama-sama kita doakan agar keputusan yang akan diterima memberikan pembelaan kepada Allahyarham Adib.