[VIDEO] ‘Kawan baik’ Selama 29 Tahun, Ayah Hanya Mampu Sapu Air Mata Lepaskan Anak Baru Kahwin Ikut Suami

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Begitu besar kasih ayah dan ibu kepada anak-anak walaupun mereka sudah dewasa.

Ibu bapa adalah individu yang paling teruja jika anak mereka mahu melangkah ke alam perkahwinan.

Namun begitu, jauh di sudut hati mereka perasaan sedih melepaskan anak yang ditatang bagai minyak bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.

Berat hati seorang ayah melepaskan anak perempuannya

Saat yang dinantikan telah tiba, pastinya berat hati seorang ayah melepaskan anak perempuan yang dijaga sedari kecil yang telah diamanahkan kepada menantu lelakinya.

Begitulah juga dengan kisah seorang ayah yang sebak apabila anak perempuan yang baru dinikahi bakal berpindah dan tinggal bersama suami tercinta.

Apa yang meruntum jiwa adalah melihat kesedihan yang jelas terpancar di wajah seorang ayah melepaskan anaknya pergi telah mencuri tumpuan ramai.

Tak sampai 24 jam dimuat naik, raih lebih dari 300,000 tontonan

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna telah memuat naik beberapa video sedih ini di media sosial.

Tidak sampai 24 jam video itu dimuat naik, video keakraban hubungan ayah dan anak ini telah meraih lebih dari 300,000 tontonan setakat ini.

Dalam video tersebut memaparkan kesedihan seorang ayah melepaskan anaknya yang berpindah rumah mengikuti suaminya.

Sebak lihat ayah dan anak ini berpelukan

Situasi menjadi sebak apabila si anak bersalaman dan berpelukan dengan ayahnya yang sebak dengan perpisahan itu

Detik itu pastinya membuatkan hati seorang ayah berat melepaskan anaknya pergi setelah 29 tahun anaknya tinggal bersamanya.

Ayah tak lepas pandang hingga ke jalan sambil kesat air mata

Malah, ayah ini turut berpesan kepada menantu lelakinya supaya menjaga anak ayah baik-baik.

Sorotan mata sebak si ayah yang tidak melepaskan pandangan hingga sanggup mengikuti kereta yang dinaiki anaknya bersama suami ke jalan raya sambil mengesat air mata.

@kosmetiksalsalReply to @abobshahri bengkak dh mata ni…tak leh nk tahan sebak♬ original sound – Kosmetik Sal Sal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak dan sedih melihat video berkenaan.

Selain itu, mereka tersentuh dengan keakraban hubungan ayah dan anak ini. Malah ada diantara netizen turut sama berkongsi pengalaman mereka diruangan komen.

@kosmetiksalsalkasihnya ayah hingga ke mati##sumpah aku koyak# hakikat yg harus kita lalui sebagai ibu dan ayah##kosmetiksalsal hati koyak♬ bunyi asal – Puan Montel