[VIDEO] Jururawat ‘Pergi’ Dijemput Ilahi Tinggalkan 4 Orang Anak Masih Kecil

Kehilangan insan tersayang amatlah perit untuk dilalui. Walaupun redha dengan pemergian tersebut namun kesedihan kehilangan mereka tidak mampu disembunyikan.

Apatah lagi kehilangan isteri tercinta, tidak dapat dibayangkan apa yang dilalui oleh suami yang mengenangkan hari-hari mendatang selepas ini tiada lagi belaian kasih seorang ibu dan isteri.

Jururawat pergi selamanya selepas 8 hari koma

Berat mata memandang, namun berat lagi bahu yang memikul. Begitulah peritnya ujian yang dilalui oleh suami kepada seorang jururawat yang disahkan meninggal dunia selepas koma 8 hari.

Difahamkan, Mohd Nurilfahmi Hassan Basri redha dengan pemergian isteri tercinta Norwahidah Abd Raup selepas isterinya tidak sedarkan diri.

Tinggalkan empat cahaya mata termasuk bayi berusia 5 bulan

Difahamkan, arwah yang berusia 35 tahun pergi meninggalkan empat cahaya mata termasuk seorang bayi lelaki yang baru berusia lima bulan.

Sementara itu, menerusi perkongsian Jabatan Kesihatan Pulau Pinang di laman rasmi Facebook turut berkongsi berita duka itu.

Allahyarhamah Norwahidah binti Abd. Raup Jururawat Terlatih 

Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah kehilangan seorang warga kerja berwibawa, permata yang menyumbang bakti penuh hemah di fasiliti JKNPP.

Allahyarhamah Norwahidah binti Abd. Raup, Jururawat Terlatih U29 dari Hospital Kepala Batas, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah meninggal dunia pada 17 Disember 2020 jam 11.15 pagi.

Pemergian beliau kehilangan yang dirasai oleh pihak JKNPP

Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah.

Doakan ibumu 

Menerusi perkongsian di Facebook, beberapa rakan terdekat dan keluarga Allahyarhamah turut berkongsi kenangan bersama antaranya adalah Nurizziaty Abd Raup.


“Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Terus kuat abang ngah dan anak-anak

“Buat anak2 saudaraku sayang adam, aqil, armel & adeel semoga jadi anak soleh solehah doakan ibumu Norwahidah Abd Raup selalu terus kuat abg ngah & anak2”.

Hangla sahabat yang baik dan sangat menyenangkan

Salah seorang rakan Allahyarhamah Liezawaty Abdul Rahim turut berkongsi berita duka itu di laman Facebook dan kenangan bersama mereka semasa bertugas.

Selamat jalan sahabat

“Alfatihah (di baca) buat Norwahidah Abd Raup (adik2 di wad 3b). Moga di tempatkan di kalangan orang yang beriman”.

“Hangla sahabat yang baik. Sangat menyenangkan orang sekeliling hang. Lepas ni dah xdak oqg nak tolak katil dah ngan kak watie. Kami sentiasa doakan hang. Selamat jalan sahabat”. 

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Norwahidah Abd Raup. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menjalani ujian ini.