[VIDEO] Meninggal Dalam Kereta Tunggu Isteri Temuduga, Wanita Ini Ceritakan Apa Sebenarnya Terjadi

Semalam, seorang isteri dikejutkan dengan berita duka apabila panggilan telefon disambut anak sulungnya yang sedang menangis.

Anak sulungnya itu memaklumkan suaminya tidak sedarkan diri di dalam kereta semasa sedang menunggu ibu mereka.

Suami meninggal dunia ketika sedang menunggu isteri temuduga

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Ashraf Rosli meninggal dunia di dalam kereta ketika sedang menunggu Nurul Ain Mohd Razip.

“Saya terkejut apabila panggilan telefon disambut anak sulung yang menangis memaklumkan suami tidak sedarkan diri,” kata Nurul Ain Mohd Razip, 31.

Suami serta tiga anaknya sedang menunggu di dalam kereta

Difahamkan, suaminya, Mohd Ashraf Rosli, 35, meninggal dunia di dalam kereta ketika menunggunya menghadiri temu duga di sebuah hospital swasta di Bangsar.

Berkongsi detik memilukan itu, Nurul Ain berkata, dia menghadiri temu duga sebagai jururawat di hospital berkenaan sementara suami serta tiga anaknya berusia 10 bulan hingga enam tahun menunggu di dalam kereta.

Ketika menunggu giliran, saya berbalas Whatsapp dengan suami

Menurutnya, dia tidak sedap hati selepas suaminya memaklumkan dia mengalami sakit di dada ketika menghantarnya semalam.

“Ketika sedang menunggu giliran, saya berbalas Whatsapp dengan suami kerana bimbangkan keadaannya”.

Hubungi telefon bimbit suami disambut dengan tangisan anak sulung

“Kira-kira 3.45 petang, saya menghubungi telefon bimbit suami kerana kiriman Whatsapp tidak berjawab”.

“Terkejut apabila panggilan saya disambut tangisan anak sulung yang memaklumkan suaminya tidak bergerak,” katanya.

Mujur ada orang awam melihat anak menangis dan datang membantu

Jelas beliau lagi, suaminya yang bertugas di bahagian teknologi maklumat hospital sama bagaimanapun tidak dapat dikesan di parkir kakitangan.

Katanya, mujur ada orang awam yang melihat anaknya menangis di dalam kereta sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk memberikan bantuan kecemasan.

Suami dibawa ke kecemasan untuk bantuan namun tiada respons

“Selepas menemui kereta di parkir suami di bahu jalan, ambulans segera membawanya ke bahagian kecemasan untuk bantuan namun tiada respons”.

“Suami kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Jenazah suaminya akan dikebumikan di Bercham, Ipoh

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Bercham, Ipoh sebaik bedah siasat selesai dijalankan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Annuar Omar ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.


Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat”.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menjalani ujian ini.