[VIDEO] Jep Terkejut Bila Sari Yanti Tiba-tiba Muncul Jadi Pelakon Cameo Sepahtu Reunion Live

Sepahtu Reunion Live adalah satu program Astro dimana kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Shuib, Rahim dan Ilya Buang membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton.

Di dalam rancangan ini, akan muncul satu pelakon jemputan’cameo’ yang tidak diketahui oleh pelakon lain di atas pentas.

Menarik pada episod terbaru di mana pelaakon cameo yang dibawakan oleh produser adalah isteri kepada Jep Sepahtu, Sari Yanti.

Semasa kemunculan Sari Yanti, Jep kelihatan terkejut hingga terdiam seketika. Rahim yang berada di depan Jep juga terdiam tanpa sebarang dialog buat beberapa ketika.

Apa yang menjadi kelakar ialah apabila Jep sempat bertanya Sari Yanti siapa yang menjaga anak mereka, Dariya.

 

View this post on Instagram

 

Tiba – tiba terfikir siapa pulak yang jaga @dariyainaraofficial ni 😂 @sariyanti @jepsepahtu #sepahtureunionlive #sepahtureunion2019

A post shared by Sepahtu Reunion Live Official (@sepahtureunionliveofficial) on

Boleh dikatakan semua peminat Sepahtu memberikan reaksi positif pada posting video tersebut:

mbmarepo

  • @rahimr2 punye terkekut sampai terduduk kebawah erk..

nuruljaaa

  • Ini kelakor

rusdie72

  • Keras kejap jep… jem3.. hahahahahaha

idahsecret

  • part ni best gilerrr

apai_nana

  • Sampai terduduk bwh bpknya..hahahha

ainzainal45

  • Hahahah @izwan_tarmizi yg ni kelakor….sekali bini masok la…ahhaha

izwan_tarmizi

  • @ainzainal45 hahaha dedi x tgk ag syg.. Bru nk download kn.. Msti best

lnurlisa

  • Terbaik lahhhh…

fila_lee

  • Serious lawak part nie. “Aku riso sape jaga Dariya”

norulhudah

  • mmg sweet

atikamohdnor

  • @izwan0609 hahah ok baru nampk reaksi dorg

Rata-rata semuanya terhibur dengan gelagat bersahaja Jep dan ahli Sepahtu yang lain dan menyifatkan mereka masih menyengat walaupun sudah lama di dalam industri lawak Malaysia ini.

Sepahtu pada asalnya adalah kumpulan pelawak yang dianggotai oleh Jep dan Shuib Sepahtu pada tahun 2012 setelah mengundurkan diri daripada Kumpulan Sepah.

Kemudian, pada tahun berikutnya Jep, Shuib dan Rahim menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 setelah Rahim R2 dibawa masuk ke dalam kumpulan ini untuk projek istimewa MLM2013 dan mereka telah dinobatkan sebagai juara.

Pada tahun 2014 ,Sepahtu membawa Illya Buang iaitu bekas anggota Kumpulan Senario dan bekas anggota Kumpulan Aku Kaya masuk ke dalam kumpulan ini.

Namun demikian Illya telah menarik diri pada minggu kelima atas masalah kesihatan.Sepahtu menjadi naib juara pada edisi kali ini.

Pada Tahun 2015 Sepahtu telah mengadakan jelajah Sepahtu pada pertengahan tahun. Sepahtu telah menghasilkan sebuah sitkom bertajuk Sepahtu Reunion yang dibintangi oleh kelima-lima anggota Sepahtu.

Pada November 30 2015, Jep, Shuib & Rahim telah menjadi penyampai radio Sinar FM dalam slot Sepahtu Sinar.

Jom kita layan video penuh Sepahtu Reunion Live 2019 Episod 2 :

https://www.facebook.com/SepahtuReunionLiveOfficial/videos/349967329178936/