[FOTO] “Macam Fotostat Betul…” Mimik Muka Siti Nurhaliza dan Aafiya Jadi Perhatian Peminat

Penyanyi nombor satu Malaysia, siapa tak kenal dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini yang popular sejak dahulu lagi.

Nampaknya kini Siti masih aktif dalam bidang nyanyian di samping sibuk menguruskan produk kecantikannya sendiri iaitu ‘SimplySiti’.

Selebriti yang popular dengan lagu ‘Anta Permana’ ini juga akan terbang ke Indonesia untuk menjayakan Konsert Dato’ Seri Siti Nurhaliza On Tour ini bermula 21 Februari nanti di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia diikuti lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019.

Biarpun sibuk dengan kerjayanya, namun Siti sentiasa mempunyai masa untuk keluarga tercinta. Terbaru, Dato Siti telah memuat naik beberapa foto bersama puterinya, Siti Aafiah di laman intagram dan berjaya mencuri perhatian netizen.

Foto yang tidak mempunyai kapsyen tersebut berjaya meraih hampir 200k likes dalam masa dua jam selepas dimuat naik.

Siti Nurhaliza juga turut memuat naik foto Aafiyah yang sedang bersedia menikmati makanan dan berterima kasih kepada semua followersnya di instagram serta berharap dapat mengeratkan silaturrahim antara mereka dalam kapsyen yang dimuat naik.

Salam Jumaat ..aafiyah dah ready nak makan ibu…Terima kasih semua followers ibu saya yang mencapai 6 juta.. Ibu pesan , semoga ruang IG ibu dapat mengeratkan sillaturrahim & saling hormat menghorm4t1… ❤️❤️❤️


Semua peminat Siti turut memuji kecomelan mimik muka yang dibuat oleh mereka berdua dan tidak menafikan kemiripan wajah mereka.

Suka sgt aafiyah buat bibir camtu kan eee geram

Halah halah halah nomey ngat dua beranak neh

Alahai sebijikkkkk comey

Ni baru cap ibu & anak

Sumber: Berita Steady