[VIDEO] Jatuh Dirempuh Kereta, Lelaki Ini Bangun Bersilat

Satu video tular hari ini menunjukkan seorang lelaki yang menunggang motosikal jatuh akibat dirempuh sebuah kereta di satu persimpangan.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah lelaki tersebut terus bangun dan buka ‘bunga’ silat.

Menerusi laman Facebook Warga Wilayah, video rakaman dashcam tersebut menjadi perhatian kerana tindakan penunggang tersebut.

Rata-rata netizen menyifatkan penunggang tersebut terkejut dengan insiden itu dan bertindak spontan dengan bersilat.

“Terkejut terus bukak bunga atau teknik rengangan otot dalam persilatan”

“silap lu la bro.. lampu merah redah.. untung tkde patah riuk”

“tak sempat brek.. kalau kene kt van tu lagi truk tu..laju semcm je pon motor tu..harap settle cara baik dah..kite pon tak tahu nasib kite mcm mne kalau kene mcm ni..”