Gaji Kerja 2 Bulan Tak Dibayar, Pemuda Tolak Motor 6 Jam Dari KL Balik Penang

Hari ini tular satu muatnaik di Facebook, di mana Iwan Putra berkongsi satu cerita dia bertemu seorang pemuda di lebuh raya PLUS.

Iwan bertemu dengan seorang lelaki yang sedang menolak motosikal di tepi lebuh raya menuju ke Utara.

Menerusi perkongsian tersebut, pada awalnya dia berasa was-was apabila melihat keadaan pemuda terbabit.

Walaubagaimanapun, atas rasa prihatin dan simpati, Iwan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan bertanyakan membantu pemuda tersebut.

Berikut adalah perkongsian Iwan.

______

“Perjalanan dari KL ke Penang…”

hari ini sy nak kongsikn pegalaman sy yg menyentuh hati sepanjang perjalanan dari kl ke pinang. sampai di tapah sy ternampak seorang hamba allah sedang menolak motor sebelum sy berenti sempat sy berfikir.

takut juga nak berenti. takut perkara yg tak diigini berlaku sebab masatu sy seorg saja. tapi tak sampai hati pula, ahirnya sy berhenti dan sy bertanya kepada sidia,

“Dari KL nak balik rumah kat Penang…”

sy=, bang apahal? motor rosak ke?
dia=, tak la motor habis minyak.
sy=, nak sy tlg antar ke pum minyak x?
dia=, tak apala bag,
sy=, dari mana nak kemana?
dia=, nak kepinang.
sy=, mcm mana boleh habis minyak?
dah mula sy fikir ni mesti ada yg tak kena.
sy=, tak apala bag sy tlg antar abg gi pum minya.
sy angkat motor dia naik atas kereta sy, dalam perjalanan kami mula berbual.
sy=, abg dari mana nak kemana?
dia=,sy dari kl nak balik rumah, rumah sy di pinang.

Hampir 6 jam tolak motor nak balik rumah

sy=, mcm mana boleh habis minyak? ape sebenarnya yg terjadi? dah berape jauh tolak motor tu?
dia=,dari tanjung malim minyak motor habis, dah 6jam sy tolak motor ni. sy=, habis nak tolak sampai mana?
dia=,tolak sampai rumah(pinang)
sy=, jauh tu silap2 dua hari pon tak sampai2,
dia hanya mendiam kn diri. sy=, buat apa kat kl dah berape lama di kl?

Gaji 2 bulan tak dapat!

dia=, sy dapat kerja di kl sebagai pengawal keselamatan, dah 2bulan sy bekerja dibukit jalil, makan minum tempat tinggal disediakn, dah dua bulan kerja tak bayar gaji, lepastu sy mintak gaji nak kirim kat kampung,pastu boss sy terus marah. dia bagi sy duit 5ringgit.dia kata lepasni aku tak nak tengok muka ko.degan duit 5ringgit tu sy isi minyak,sampai di t. malim minyak motor habis, tu yg sy tolak,

Hantar balik sampai ke Penang…

sy=, terus sy mendiam kn diri tampa banyak soala lagi kerana masatu tiba2 je mata sy masuk abuk. sampai ke pinang sy turunkn dia di sebuah pum minyak dah sy bagi dia 10ringgit, nak bagi lebih tapi sy bukan org senang. hanya mampu bagi seihklasnya saja. alhamdulillah dari situ sy merasa sagat2 bersyukur atas diri ini yg selama ini merasa tak perna cukup atas apa yg telah diberikn allah.

Rata-rata netizen merasa simpati dengan nasib pemuda tersebut dan mendoakan dipermudahkan segala urusannya.