[VIDEO] “Jangan deket, takut Corona” Wanita Campak Wang Dari Dalam Kereta Pada Peniaga Buah

Di media sosial Indonesia sekarang ini tengah heboh pasal seorang wanita lempar duit dari dalam kereta dekat penjual buah semasa tengah beli buah duku dari lelaki tersebut. Menerusi Tribun, aksi lempar wang itu dilakukan kononnya takut kena jangkit Coronavirus yang ada dekat tubuh badan peniaga itu dengan barang-barang yang dia jual. Perbuatan itu dirakam dan [...]

Hari ini kecoh di media sosial Indonesia berkenaan seorang wanita yang mencampakkan duit dari dalam kereta kepada penjual buah.

Perlakuan wanita tersebut kononnya takut dijangkit Koronavirus yang ada di tubuh badan peniaga buah itu.

Klip video perbuatan itu dirakam dan dimuat naik di laman Instagram wanita itu sendiri sebelum ianya merebak luas ke laman sosial yang lain.

Takut dijangkiti COVID-19

Menerusi laporan Tribun, wanita bernama Okta itu hendak membeli buah duku di kawasan kaki lima.

Apabila peniaga itu mahu memberikan buah kepadanya yang berada di dalam kereta, Okta bergelak ketawa kononnya ketakutan dan menyuruh peniaga agar tidak mendekatinya.

Campak wang dari dalam kereta

Peniaga itu cuba meyakinkan bahawa dirinya tak ada jangkitan COVID-19 dan mahu menghantar buah tersebut.

“Gak apa-apa. virusnya juga takut sendiri,” 

Okta kemudiannya berteriak kononnya takut sebelum mencampakkan duit sambil bergelak ketawa dengan rakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #pandeglangeksis (@pandeglangeksis) on

Sudah dirancang awal

Tidak mahu dipersalahkan, Okta memberitahu bahawa dia merupakan pelanggan tetap kedai buah itu dan dah sudah biasa bergurau dengannya.

“Orang tuh pada salah paham sama video gue yang melempar uang.Hey ya, sebelum tu video viral itu tuh dah disetting duluan. Gue sering becandaan sama tu pedagang. Itu tuh udah jadi langganan gue beli duku” 

Malah, Okta mendakwa klip video tersebut telah dirancang awal dan sudah meminta kebenaran peniaga buah itu.

“Jadi ya kalian tuh cuman ngelihat depannya doang. Kayak gitu langsung direkam dan dishare. Gue tuh udah minta maaf dan udah disetting. Mas ada Virus Corona. Nanti mas melempar dukunya ke saya plastiknya, dan saya melempar uangnya. Dia juga gak masalah tuh,”

Peniaga buah nafi

Walau bagaimanapun, menurut peniaga buah duku tersebut, dia tidak ada pun berkerjasama dengan wanita itu untuk membuat video tersebut.

Malah, dia sendiri tidak sedar yang akdi mencampak wang itu sedang dirakam oleh Okta.

“Enggak (settingan). Kirain saya tuh ada yang megang HP yang logo Apple kirain gak mideoin, Pokoknya buat si teteh, jangan diulangin lagi yang kayak tadi. Boleh jangan deket-deket, tapi kalau pembayaran, uangnya jangan dilemparin, gak sopan”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #pandeglangeksis (@pandeglangeksis) on

Apabila mendengar penjelasan peniaga buah itu,Okta datang semula ke gerai tersebut untuk bersemuka dengan peniaga dan meminta maaf.

Rata-rata netizen menyelar tindakan Okta yang keterlaluan dan memuji peniaga buah yang nyata mempunyai hati budi yang baik.