[VIDEO] “Inilah sebab I takut nak bagitahu orang I masuk Islam” – Michael Ang

Peminat industri hiburan tanah air pastinya sudah mengetahui tentang kisah pengarah terkenal, Michael Ang yang memeluk Islam.

Walaupun Michael sebenarnya sudah memeluk Islam pada tahun 2017 lagi, beliau baru saja mengumumkannya kepada umum baru-baru ini.

Menurutnya, ada banyak sebab mengapa beliau bertindak sedemikian.

Menerusi satu temu bual dengan radio Zayan, Michael menceritakan kisah penghijrahannya dan sebab-sebab beliau menyembunyikannya.

“Adalah satu insan ni dia kata ‘eh meluatlah asyik tengok kamu post makan ni dahlah mualaf baru, dahlah baru masuk Islam, kenapa tak mahu tunjuk kamu bersolat ke pergi terawih ke.”

“Inilah antara contoh yang buat saya takut nak bagitahu semua orang saya Islam. Tak bermakna bila saya jadi seorang Islam saya kena tunjuk satu dunia yang saya pergi solat, saya buat terawih bukan ke benda tu antara kamu dengan Allah”

Istimewa malam ini kami bawakan kisah penghijrahan daripada Michael Ang sebelum dan selepas beliau memeluk Islam. Jom saksikan video penghijrahan ini.

Melalui video tersebut, Michael memberitahu ada yang meninggalkan komen menghentam beliau kerana setiap hari memuat naik tentang makanan.

Menurut netizen tersebut, sebagai Mualaf baru, Michael sepatutnya memuat naik hal-hal agama seperti solat.

Namun bagi Michael, perkara seperti inilah yang membuatnya takut untuk memberitahu kepada umum mengenai kisah penghijrahannya.

Baginya, tak perlu untuk beliau tunjukkan satu dunia tentang solat dan amalannya kerana itu adalah halnya dengan Tuhan.

Semoga tiada lagi netizen yang membuat onar seperti ini dan memberikan contoh tak baik buat saudara baru kita.

Seharusnya kita kena kerap memberi sokongan walaupun hanya kata-kata dan komen di media sosial.