[VIDEO] Ini Tindakan Kylie Jenner Yang Bengang ‘Telur’ Lebih Popular Berbanding Dirinya

Jika anda fikir gambar dengan paling banyak like berjaya dipegang oleh para selebriti terkenal dunia, anda ternyata silap.

Di dalam satu laporan terbaru, pemegang rekod gambar terbanyak menerima like di Instagram adalah sebuah gambar sebiji telur.

Apa yang lebih menghairankan gambar ini dibuat oleh sebuah akaun bukan selebriti yang baru sahaja diperkenalkan pada 5 Januari lalu.

Ia cuma memerlukan seminggu lebih sahaja untuk akaun ini menandingi gambar dengan like terbanyak sebelum ini iaitu Kylie Jenner.

Usaha akaun ini untuk mendapatkan takhta penerima like terbanyak Instagram juga tanpa disangka turut mendapat sambutan seluruh dunia.

Melalui kejayaan yang diperoleh, laman Instagram ini telah mengubah bio mereka kepada pemegang rekod paling banyak menerima like di Instagram.

Kylie jenner telah memberi respon balas terhadap telur yang telah merampas takhta ‘Gambar Dengan Like Terbanyak’ beliau.

 

View this post on Instagram

 

Take that little egg

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Selain itu, akaun Instagram ini telah pun mempunyai 5.1 juta pengikut selepas sehingga hari ini. Akaun ini dikawal oleh pengguna yang dikenali sebagai Henrietta ‘ayam dari sebuah desa British’.

Pengguna itu mengatakan nama telurnya adalah Eugene dan foto itu terkenal dengan berjuta-juta pengguna Instagram kerana ‘the power of the egg is strong’.