[VIDEO] Ini Resepi Mango Float Yang Mudah Hanya Guna 5 Bahan Utama, Confirm Sedap!

Tengah musim panas sekarang ni memang sedap sangat kalau dapat dessert mango float. Tekak yang tengah kering kalau dapat satu bekas pun taak cukup.

Nak beli di kedai dah tentu mahal kalau untuk satu keluarga. Jadi jalan paling jimat, buat je sendiri.

Dalam satu perkongsian di dalam group di Facebook, Putri Bungsu telah berkongsi resepi Mango Float yang sangat mudah dan sedap.

Hanya 5 bahan utama yang digunaka dan sangat sesuai untuk dihidangakan kepada seluruh keluarga.

BACA: Resepi Kek Batik Paling Mudah! 

Mari kita ikuti resepi Mango Float daripada beliau.

________

“Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk mlm ni. Nak puasa ni selera mcm2. Siapa yang suka masam2 lemak manis, cair di mulut, sejuk diperut, ke nak tambah lemak boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa.”

Nah resepinya.

Bahan-bahan membuat Mango Float :

  • 1 cawan whipping cream
  • 1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
  • 200 gm cream cheese
  • 1/2 peket biskut cream cracker
  • 4 biji mangga (dihiris memanjang)
  • 2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
  • Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
  • Aluminium foil
  • Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)

Cara-cara membuat Mango Float :

Putar Whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil.

Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :

1. Rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.

2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.

3. Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.

4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.

5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi.

6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.

Mango float ini mudah cair ya, tak boleh terbiar dalam didalam suhu bilik. Macam ais cream.

Semoga perkongsian resepi mango float yang simple ini memberi manfaat kepada semua pembaca YOY Network dan silakan share untuk panduan kenalan anda semua.

Selamat mencuba!