[VIDEO] “I tenung je screen ni..airmata dah dua baldi” Amyra Rosli Tak Sanggup Tinggalkan Anak

Siapa yang tak kenal dengan pasangan pelakon popular Amyra Rosli dan suaminya Amar Baharin.

Mereka sering mengemaskini perjalanan hidup dan karier mereka melalui laman media sosial Instagram bersama puter kesaynagan mereka, Aqeef Anaqi.

Terbaru, kedua-dua pelakon ini telah pun berlepas ke Prague atas urusan kerja dan mereka terpaksa tinggalkan Aqeef di Malaysia.

Melalui video yang dimuatnaik di laman Instagram milik Amyra Rosli, ternyata mereka berdua tidak dapat menahan kesedihan untuk tinggalkan anak yang sangat comel itu.

“I tenung je screen ni xtau nak letak caption apa.. type delete type delete.. airmata dah dua baldi…haha.. Siapa pernah rasa apa i rasa?”

Rata-rata peminat berkongsi kesedihan yang dirasai oleh Amyra dan Amar Baharin. Malah ada yang meminta mereka membawa Aqeef bersama.

Amyra kini trending dengan drama Nur 2 di kaca televisyen. Bagi yang tidak mengenali Amyra, beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa pada 2011 menerusi drama Jodoh, kemudiannya memegang watak utama menerusi siri televisyen waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong di Astro Ria serta turut memegang watak utama dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi novel dengan judul sama karya sasterawan Indonesia Hamka.

Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016.

Sebelum ini, Amyra pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Dazrin Kamarudin namun akhirnya memutuskan pertunangan.

Selain itu, Amyra Rosli juga memiliki wajah seiras pelakon wanita Indonesia, Nia Ramadhani.

Semasa disahkan hamil anak pertama, Amyra mengambil keputusan berehat daripada sebarang aktiviti seperti lakonan dan pengacaraan tv serta lebih menumpukan soal kesihatan kandungannya.