[VIDEO] “Harap dgn video ni, semuanya terjawab n selesai” – Syahmi Sazli

Youtuber popular dari Kelantan, Syahmi Sazli telah berjaya menaikkan nama Asif dan juga Yoe Parrey sehingga menjadi terkenal.

Namun ada isu yang tidak berapa elok terjadi apabila keluarga Asif telah masuk campur dan berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Sejak semalam, pihak Syahmi Sazli dan keluarga Asif telah berbalas kenyataan di laman Instagram masing-masing.

Di dalam Instastory, Syahmi Sazli telah memberitahu terdapat perselisihan faham di antara pihaknya dan penjaga Asif.

Beberapa kenyataan dari keluarga Asif menerusi akaun @asifsuhaimi02 telah menyebabkan netizen bingung.

Di antara kenyataan mereka menerusi Instagram Asif adalah seperti berikut.

“assalamualaikum semua..tiba masa utk saya buka mulut..sebenarnya ig asif yg ni adalah ig kedua asif.. kemana ig pertama?? nanti sy cerita kemudian..

ig ni kami adik beradik yg handle ( kak long, asyraff, aisyah ) . dan semua yg sy pernah reply dm tu sy sejujurnya akan bagitahu yg asif mmg tak pandai reply wassap, tak pandai baca story atau apa2 berkenaan media social.

so dgn adanya ig asif yg ni, kami adik beradik selalu update tentang perkembangan asif.yelah ramai yg tanya “asif takde ig ke “ so kami buatkan utk asif.settle di situ.

timbul issue salah faham ni bila mana ABAH ada minta payment dr pihak sana di mana pihak sana tak berapa setuju dgn abah..dan benda ni berlarutan sehingga ke hari ini..kakak sy tak ada kaitan dlm hal ni.pendekkan cerita, bayaran asif untuk 1 drama spontan hanya RM 200 sahaja.

sedangkan yg pihak sama war2 kan di media asif dpt jana income sendiri mencecah 10 ribu.apo??? itu yg membuatkan abah tidak berpuas hati. sedangkan hakikatnya keluarga asif nak membeli makanan harian pun kena hutang dengan kedai runcit depan rumah.. .

bab abah pula.ye betul dulu abah mmg ada masalah.kakak pernah inform pihak sana tentang bayaran asif di mana pd awalnya asif hanya dpt bayaran rm 20/50 utk 1 video.alasan pihak sana x boleh bagi abah takut abah buat benda lain.. seburuk2 abah kami, abah lah yg jaga asif dari dulu sampai sekarang.so kenapa pihak sana nak sekat payment asif ? alasan x masuk akal sebab asif masih ada lg adik n ibu yg bekerja gaji hari.

kedua asif mula terima payment rm 200 utk 1 video setelah kakak yg dikatakan adik beradik tiri sedangkan kakak adik beradik kandung asif tu menyuarakan kpd pihak sana tntang payment asif.so start bulan 7 baru abah asif terima payment rm 200.so ke mana duit asif utk video sebelum2 ni? katanya pihak sana,mereka belikan baju asif harga 200, 300, banyak helai..

kenapa sampai ratus2 beli baju? tak boleh bg kat ma atau adik asif sendiri ke? disebabkan kakak menyuarakan benda tu semua, pihak sana dah mula hentam, kata mcm2..salah ke seorang kakak bertindak mempertahankan hak adik sendiri? .
sila baca dan fikir.jangan diasebabkan pihak sana nampak positive nampak baik, semua yg jahat dr kami??

Namun dalam posting terbaru di Instagram, Syahmi telah memuat naik videonya bersama Inspektor Yoe bagi menjelaskan tentang isu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

Video tersebut mendapat perhatian seluruh peminat Syahmi terutamanya para peminat Asif.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan kebajikan Asif terjaga.