[VIDEO] First Time Disentuh Suami, Reaksi Spontan Ardell Mengigil Menangiis Jadi Tumpuan

Kemeriahan perkahwinan pasangan pelakon Ardell Aryana atau lebih dikenali sebagai Nurul Hidayah Mohd Amin 28 masih hangat menghiasi laman sosial Facebook dan Instagram.

Ardell Aryana disatukan dengan pasangannya yang juga seorang pelakon iaitu Nadzmi Adhwa.

Mereka berdua disatukan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Ardell dan telah selamat diijabkabulkan pada jam 5.31 petang menurut laporan BH Online.

Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Mereka telah berkawan selama 8 tahun dan mula rapat antara satu sama lain kira-kira empat tahun lepas setelah berlakon bersama menerusi satu drama Namaku Bedah.

Pasangan itu tidak mengadakan majlis pertunangan dan hanya mengadakan majlis khatam Al-Quran. Pasangan mempelai berbalas dua dulang hantaran.

Menerusi satu video yang telah tular, Ardell dilihat menangis dan menggigil saat suaminya mahu menyarung cincin dijarinya.

Comel melihat pasangan ini akhirnya bersatu ke jinjang pelamin. Mereka selalu berkongsi video bersama dilaman sosial Instagram.

Tiada Majlis Pertunangan, Hanya Majlis Khatam Al-Quran

“Alhamdulillah, saya sudah khatam al-Quran yang diberikan Ardell. Dia menyerahkannya ketika bertandang ke rumah keluarga saya di Wangsa Melawati”.

“Ketika itu, Ardell datang bersama keluarganya. Perjumpaan itu umpama majlis merisik sesama kami dan keluarga”.

“Tiada majlis pertunangan. Sebaliknya, hanya ada majlis khatam al-Quran dianjurkan keluarga saya, Jumaat lalu”.

“Naskhah al-Quran yang sama, selepas khatam dan difahami tafsir dan maksudnya, diserahkan kembali pada hari pernikahan ini,” kata Nadzmi sebaik majlis akad nikah berakhir.

Selama Ini Selesa Sebagai Sahabat.

“Selama ini, kami selesa menggunakan istilah sahabat. Ketika itu, kalau ada jodoh, adalah. Selama ini pun, kami tak menolak andai ditakdirkan ada jodoh”.

“Ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya dimakbul dan dipermudahkan doa peminat dan pengikut Instagram”.

“Ternyata jodoh kuat antara kami selepas masing-masing bersedia melangkah ke alam perkahwinan,” katanya.

Ardell Insan Terbaik Pernah Hadir Dalam Hidup Nadzmi Adhwa

“Pada saya, dia insan terbaik pernah hadir dalam hidup. Dia sangat luar biasa. Saya belajar banyak benda dengannya”.

“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola sepak dan futsal”.

“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum. Ardell kerja kuat untuk memberi kesenangan kepada keluarga”.

Malah, keserasian kami mencetus idea untuk menjalankan perniagaan tudung Alwadellhijab,” katanya yang pernah muncul dengan single Wanitaku berkisar perhubungan mereka.

Mereka Tidak Menolak Andai Rezeki Awal Timang Cahaya Mata.

Menurut Nadzmi, mereka tidak menolak andai rezeki menimang cahaya mata datang awal namun mereka perlu bijak menyusun jadual memandangkan kedua pasangan ini akan sibuk dengan komitmen kerja mereka.

“ Saya akan muncul dengan filem Anak Perjanjian Syaitan, tidak lama lagi. Jadi, faktor masa cukup membataskan”.

“Bagaimanapun, kalau dipermudahkan, kami tidak menolak rezeki menimang anak dengan cepat. Begitu juga dalam soal berbulan madu dengan hasrat menunaikan ibadat umrah bersama”.

“Kami merancang membawa ibu Ardell. Kalau ibu bapa saya hendak ikut sama, kami terima dengan lapang dada,” katanya yang sedang menanti tayangan filem Safari Mall dan Busut Bonang”.

Menjawab mengenai majlis resepsi, pasangan ini merancang mahu menganjurkan majlis resepsi mereka tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan kepada Ardell dan Nadzmi dan semoga berbahagia hingga ke syurga dari pihak kami.