[VIDEO] Hanya Kerana Harta, Anak Sanggup Bakar & Rosakkan Pusara Ayah Sendiri

Setiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia, siapa kita untuk menidakkan kententuan Allah Swt kerana perjalanan di dunia ini hanya sementara dan selebihnya di akhirat nanti.

Sama juga seperti orang tua kita, tidak selamanya kita dapat merasai kasih sayang mereka oleh itu hormati dan sayangilah mereka selagi masih ada walaupun ada kalanya mereka menyakiti hati kita namun ibu bapa adalah kunci kita ke syurga.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang anak membakar pusara ayahnya akibat berasa tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka keluarga mereka.

Datang Bakar Pusara Ayah Kerana Tidak Puas Hati

Menerusi video yang tular di tiktok, seorang warga emas iaitu penjaga kawasan kubur sedang bertungkus lumus memadamkan api yang membara di sekitar kawasan perkuburan tersebut telah mencuri perhatian netizen.

Menurut warga emas itu, dia melihat seorang lelaki menaiki kereta berwarna putih telah membakar sebuah kubur dan merosakkan batu nisan di kubur itu.

Namun apa yang mengejutkan adalah, warga emas itu mendapati anak kepada pemilik pusara itu bertindak membakar kubur tersebut oleh kerana berasa tidak puas hati kerana ayah tidak adil dalam pembahagian warisan dan harta.

Tambah penjaga kawasan perkuburan itu, kejadian itu sudah beberapa kali terjadi di kubur yang sama.

Oleh demikian, melihat ke ruangan komen tentang video itu, netizen turut kecewa serta sebak kerana ada juga insan yang bergelar anak sanggup membakar kubur ibu bapa mereka sedangkan tanpa mereka, tidak lahirlah anak itu kedunia.

Malah ada juga yang turut berpesan agar mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh.

“Nauzubillah, sampai hati anak-anak buat macam tu”. Netizen

“Pesan paling penting, jangan pernah beri warisan ke anak, yang penting adalah jadikan dia anak yang berpendidikan biar dia boleh cari sendiri harta warisan.” kata netizen lagi.

Siapa sangka anak yang dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang sepatutnya mendoakan kesejahteraan mereka di sana, akhirnya berlaku kejam terhadap ibu bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 451.8K tontonan, 24.1K tanda suka dan 1326 komen di TikTok.

Video tular di Tiktok

@khnervn🥺🥺♬ original sound – izuannuyasha – Wan_Mr.cloud