[VIDEO] Baru Berusia 11 Tahun, Isya Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Abam Jadi Perhatian

Meski sudah enam hari pelawak Abam Bocey meninggal dunia, namun, jasa dan namanya masih diperkatakan ramai. Mana tidaknya, setiap perkara yang dilakukan arwah sudah cukup membuatkan orang ramai terkesan dengan amalan kebaikannya bersama keluarga, sahabat, anak yatim, peminat dan sesiapa yang mengenalinya. Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Irysya Asyreena atau mesra disapa Isya telah menyanyikan [...]

Hari ini genap sudah seminggu pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan.

Namun begitu, amal kebaikannya dan namanya masih diperkatakan ramai orang samaa ada dari rakan-rakan artis mahupun para peminat..

Boleh dikatakan semua orang terkesan dengan cerita-cerita kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarham Abam.

Terlalu banyak amalan yang dilakukannya sehinggakan ada yang tidak diketahui oleh keluarganya sendiri.

Kini yang terbaru, seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Isya telah menyanyikan lagu rap khas untuk Allahyarham Abam bertajuk Pemergianmu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Isya telah memuatnaik video menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan khas buat Allahyarham.

“Yang hilang tiada ganti, dengar khabar makin sunyi,

Riang tawa, gelak tawamu dulu, jelas kini tiada ganti,

Terima kasih hibur kami, Amalmu kian rapi,

Jasa baik kau hujah, Kekal kami kenang lagi,

Jadi adabnya perlu kau contohi, Mari bazirkanlah segala kasih budi, yang dibawa mati,

Buatku cemburu kenapa engkau pergi,

Tuhan beritahu dunia ini sementara, Dari kita alpa baik tunduk kepada-Nya,

Bangunlah diri usah tidur lagi, Bangkit dari lena kuatkan amal lagi,

Asal dari tanah kembali kepada tanah, ingat kata Hamka kita ini manusia,

Fitrah dalam hidup, udara kau hirup, Budi masa hidup selalu orang sebut”

Di dalam video yang dirakamnya, dapat dilihat Isya menyanyi lagu rap dengan penuh penghayatan dan lirik yang mendalam.

Rata-rata netizen terpegun dengan kelincahannya menyampaikan lagu rap tersebut dengan baik serta memuji nyanyian Isya.

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini baru berusia lapan bulan.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.