[VIDEO] Gelagat Lelaki Selamba Terjun Dalam Salji Pakai Kain Pelikat Buat Ramai Terhibur

Seperti yang kita tahu, negara matahari terbit iaitu Jepun mempunyai “empat musim”, iaitu, musim bunga (bulan Mac hingga Mei), musim panas (bulan Jun hingga Ogos), musim luruh (bulan September hingga November) dan musim sejuk (bulan Disember hingga Februari). Kesemua musim tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Bagi kita yang tidak pernah dapat merasai musim sejuk, mesti ramai yang akan teruja apabila pertama kali merasai turunnya salji.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini di applikasi TikTok dimana memaparkan seorang lelaki dengan ‘excited’ nya terjun ke dalam salji.

Menerusi video tersebut, kelihatan timbunan salji yang agak tinggi memenuhi kawasan kediamannya di Toyama di wilayah Chubu,Jepun.

Namun apa yang membuatkan warga netizen terhibur adalah dia dengan selamba terjun ke dalam salji dengan hanya memakai kain pelikat dan T-shirt sahaja.

Difahamkan, itu merupakan video throwback yang telah dirakam pada bulan Januari tahun ini dan dimuatnaik semula oleh Amal yang juga merupakan pelajar di sana.

Video yang tular di laman TikTok:

@amalfds Tak sabarnya nak main salji lagi macam ni. January 2021 Japan. #fyp #snow #japan ♬ MONEY – 리사 (LISA)

Ekoran daripada video tersebut, ada seorang pengguna TikTok berseloroh dengan menyatakan “mesti lepastu menyesal kan sebab sejuk sangat” di ruangan komen.

Tampil membalas komen tersebut, Amal memuat turun satu lagi ‘posting’ mengenai dirinya yang mengakan pakaian sukan waktu salji dan mengatakan bahawa dia tidak pernah menyesal kerana bukan selalu dia bertemu dengan salji.

“Musim salji pun saya redah je jogging’ katanya di kapsyen.

@amalfds Reply to @minziera musim salji pon saya redah je jogging 🤣 #fyp #japan #running ♬ original sound – Amal Firdaus フィル

Ada juga netizen yang ‘request’ untuk Amal melakukan back flip namun ujar amal, dia tidak pandai untuk melakukan back flip tapi dalam masa yang sama Amal masih ‘melayan’ warga netizen dengan memuat turun satu video dimana dia melakukan front flip

@amalfds Reply to @malaikatmaut01 back flip tak reti jadi saya buat front flip je ok kan 🤣 #fyp #japan #snow ♬ original sound – Amal Firdaus フィル

“back flip tak reti jadi saya buat front flip je ok kan” katanya berseloroh.

Tidak cukup dengan itu, dia juga memuat turun satu video dimana dia bermain perang salji bersama rakannya yang lain. Fuhh memang best suasana di sana ketika musim salji!

@amalfds Perang salji!! #throwback #japan #snow #fyp #fypmalaysia ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Siapa sangka, video tersebut kini telah pun meraih 6M tontonan, 566.5K tanda suka, 10.1K komen dan 9667 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen terhibur degan gelagat lelaki ini dan ada juga yang menyimpan hasrat untuk melancong ke Jepun satu hari nanti.

” bestnyaaaa yang penting kain pelikat maintain”


“aku masuk tempat ice dekat i-city pun dah beku weh… kau boleh selam macam mandi laut pula”

“aku ghisau bangundari salji tu tak jumpa kain je..”

“macam tak pervaya tu salji sebab pakaian dia macam bersiap nak pergi surau”

“salah lagu ni… patutnya letak lagu LET IT GO”