[VIDEO] Gelabah Naik Parking Bertingkat, Gadis Ini Tak Berhenti Mengucap Panjang

Setiap orang mempunyai pasti mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan dari pelbagai segi aspek, seperti pengalaman pahit, ataupun pengalaman yang mengerikan.

Kebanyakan pengalaman yang dialami membuatkan diri itu berasa trauma dan cemas setiap kali berhadapan dengan situasi yang sama lagi.

Seperti kisah seorang gadis ini yang tular di media sosial kerana terpaksa membawa kereta menaiki parking di sebuah pusat beli belah menarik perhatian ramai.

Selekoh Tajam Seperti Tiada Penghujung

Menerusi video yang tular di tiktok baru-baru ini terlihat seorang gadis yang juga ditemani rakannya berada di dalam sebuah kereta untuk pergi ke sebuah pusat beli belah dan mencari tempat letak kereta.

Namun, ketika menaiki parking bertingkat itu gadis yang membawa kereta berkenaan berasa cemas kerana tempat letak kereta itu sungguh tinggi dan sempit.

Tak Berhenti Mengucap

Dia terpaksa membawa secara perlahan-lahan akibat cuak dengan laluan sempit dan selekoh yang tajam ketika menaiki jalan itu. Sudahlah panjang selekohnya, sempit lagi.

Situasi cemas menaiki tempat letak kereta bertingkat itu telah menyebabkan gadis itu tidak berhenti mengucap nama Allah SWT sehingga sampai ke atas.

Sumpah demi Allah takut sangat

“Sumpah demi Allah aku takut sangat. Yaallah, yaallah seramnya yaallah aku cuak. Astaghfirullahalazim yaallah.”

Menurut gadis itu, mereka telah pergi ke pusat beli belah pada hari itu dan sangat cuak ketika mencari parking ketika itu.

Reaksi lucu gadis-gadis itu telah mendapat perhatian netizen kerana rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka yang mencuit hati sepanjang menaiki parking tersebut.

Ada banyak lagi parking macam ni

Namun ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama serta berkongsi beberapa lokasi pusat beli belah dengan tempat letak kereta yang curam dan menakutkan.

“1st Avenue Penang pun parking macam ni, lost control auto langgar dinding haha” netizen

“Mytown, melawati mall, mid valley, klinik pakar HKL, tabung haji, semua menduga kemahiran, dah sampai atas baru rasa boleh bernafas.”netizen

“Bayangkan bawa kereta manual, Tak dapat bayangkan seram dia macam mana.“ujar seorang lagi netizen.

Video tular di TikTok

@quirkyl0neparking menuju ke kerajaan langit 😌♬ suara asli – rainahazidah