[VIDEO] “Ganti tugas ayah cari rezeki untuk keluarga” Pemuda GrabFood Maut Dihempap Pokok

Cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini menyebabkan banyak pokok-pokok yang tumbang di sekitar jalan-jalan utama negara.

Semalam, seorang lelaki penghantar makanan GrabFood telah meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang akibat ribut di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras,

Seorang anak yang rajin membantu keluarga

Menurut Inang yang merupakan ibu kepada Allahyarham berkata arwah yang berusia 20 tahun adalah anak yang rajin membantu keluarga.

Namun ibu ini masih bersedih kerana tidak boleh menerima kenyataan cara kematian Allahyarham.

Allahyarham ganti tempat ayahnya mencari rezeki untuk keluarga

“Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya dan mencari rezeki untuk keluarga” kata ibu.

Sekitar semalam, berita seorang penghantar makanan GrabFood yang meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok telah tular di media sosial.

Dia anak harapan keluarga

“Dia anak harapan keluarga. Saya tidak mampu untuk menahan kesedihan dengan pemergiannya ini,” katanya.

Inang Suhana Abu Bakar, 44, berkata, anak sulung daripada lima beradik itu tempat bergantung kerana membantunya menanggung keluarga selepas suami sakit dan tidak dapat bekerja.

Rakan Izzat beritahu dia kemalangan

Menurutnya, ketika kejadian arwah sedang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Saya berada di rumah dan menerima panggilan daripada rakan Izzat (Syed Izzat) pada jam 4 petang memberitahu Izzat kemalangan.”

Beberapa minit kemudian, mereka beritahu Izzat sudah meninggal dunia

“Saya segera hubungi adik ipar yang tinggal berdekatan lokasi kejadian untuk pergi melihat keadaannya.”

“Beberapa minit kemudian adik ipar hubungi saya semula beritahu Izzat sudah meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro.

Izzat sempat beritahu mahu keluar bekerja 

Pekerja kedai makan itu berkata, arwah sempat menghantar dua adiknya berusia 12 dan lapan tahun ke sekolah agama sebelum memulakan kerja.

“Sebelum keluar rumah, Izzat masuk ke bilik saya beritahu nak keluar bekerja dan bercerita keadaan cuaca ketika ini yang sering hujan waktu petang.”

Dahan pokok menghempap mangsa

Difahamkan ketika kejadian berlaku, Syed Izzat Izzudin, 20, sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng, di sini,

Dahan pokok tumbang itu menghempapnya berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, di sini, semalam.

Saya sedih cara kematian anak

Menurut Ibunya Inang Suhana Abu Bakar, 42, berkata Syed Izzat, yang mati serta-merta di tempat kejadian, adalah seorang anak yang rajin membantu keluarga.

“Saya sekarang ini memang sedih kerana tidak boleh terima kenyataan cara kematian dia.”

“Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang) tetapi tidak sangka berlaku kepada anak sendiri,” katanya.

Saya sedih namun redho dengan ketentuan Allah

“Saya sedih kerana Izzat pergi secara mengejut.”

“Tambahan pula ia berlaku di bulan Ramadan dan tidak lama lagi nak menyambut Syawal. Namun saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Sementara itu, jenazah Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai.

Jenazah selamat dikebumikan

Jenazah dikebumikan selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Sementara itu, menerusi laman Twitter Malaysia most viral turut berkongsikan video semasa kejadian berlaku.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Syed Izzat. Semoga keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini.