[VIDEO & FOTO] Ecuador Semakin Teruk, Korban Covid-19 Bergelimpangan Tepi Jalan

Hampir seluruh dunia ketika ini sedang berusaha menentang wabak Covid-19 yang mengorbankan banyak nyawa ketika ini.

Terkini wabak COVID-19 dilapor berterusan menular di Ecuador. Ia sehingga menjejaskan beberapa bandar utama di republik itu terutama di Guayaquil yang menerima impak paling teruk setakat ini.

Korban bertambah hari demi hari

Menerusi laporan RT, angka korban kian bertambah hari demi hari sekali gus memberi tekanan kepada pasukan perubatan dan rumah-rumah mayat.

Ini berikutan kadar korban yang tinggi dan mereka tidak lagi mampu menampung kes kematian yang semakin meningkat.

Berikutan kadar korban wabak Covid-19 yang kian meningkat, sistem kesihatan di Guayaquil dikatakan hampir lumpuh.

Korban bergelimpangan di tepi jalan

Disamping itu, perintah kawalan pergerakan turut menyukarkan pergerakan pasukan kesihatan ke lokasi terjejas.

Jika dilihat ketika ini, banyak gambar-gambar korban bergelimpangan di tepi jalan dimuatnaik pengguna di media sosial

Rakyat merayu supaya korban membusuk dialihkan

Lebih menyedihkan, rakyat terpaksa merayu kerajaan bertindak dengan segera, untuk mengalihkan korban-korban yang semakin membusuk.

Terdapat banyak korban yang dibiarkan juga ada yang sudah siap diletakkan di dalam keranda.

Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa dibakar dan sejumlah besar yang lainnya hanya dibalut dengan plastik dan ditutup dengan kain semata-mata.

Rakaman individu meningalkan korban di tepi jalan

Beberapa rakaman lain menunjukkan sekumpulan individu terpaksa meninggalkan mayat di tepi jalan begitu sahaja.

Ia secara tidak langsung memberi gambaran betapa teruk keadaan yang sedang dialami bandar itu ketika ini.

Jumlah korban yang dilaporkan kerajaan Ecuador

Selain itu, Anadolu Agency turut melaporkan kerajaan Ecuador mengesahkan 3,163 kes jangkitan dan 120 korban akibat COVID-10 di seluruh republik itu.

Namun begitu, ada yang menjangkakan angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi daripada yang direkodkan.

Semoga korban wabak Covid-19 dirahmati dan diharap orang ramai haruslah mematuhi arahan yang dikeluarkan serta menjaga kesihatan diri.