Kluster Itali Di Sarawak, Kematian 5 Sekeluarga Akhirnya Dirungkai Berpunca Dari Rakan Sepejabat

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan lima kematian wabak Covid-19 di Sarawak dipercayai berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru balik melancong dari Itali. Salah seorang keluarga mangsa tersebut iaitu Sharifah Huzaimah War Al-Edruce menceritakan kronologi kluster sebenar yang berlaku di Kampung Patinggan. Sedangkan keluarga ini juga menjadi mangsa kepada seorang rakan [...]

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan lima kematian wabak COVID-19 di Sarawak dipercayai berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru balik melancong dari Itali.

Menerusi laporan BH Online, Ketua Pengarah Kesihatan telah melaporkan seramai 37 orang dijangkiti dipercayai berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu yang baru pulang dari Itali.

Kluster tersebut berpunca daripada ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baru.

Di dalam satu perkongsian di Facebook salah seorang keluarga mangsa iaitu Sharifah Huzaimah War Al-Edruce, dia menceritakan kronologi kluster sebenar yang berlaku di Kampung Patinggan.

Menurut Huzaimah, keluarga ini menjadi mangsa kepada seorang rakan pejabat yang baru pulang dari Itali.

Oleh kerana terlalu ramai yang bertanyakan tentang hal tersebut, Huzaimh menerangkan secara terperinci bagaimana kes itu boleh berlaku bagi mengelakkan ramai orang salah faham.

Kronologi Kluster 4 Kampung Patinggan

Menurut Huzaimah, kronologi ini bermula pada 18 Mac 2020 di mana Nek Usu Kayah yang merupakan makcik saudaranya telah meninggal dunia.

Upacara pengebumian telah diadakan dengan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Dua orang anak perempuan dan lelaki kepada Nek Usu Kayah telah dibawa ke hospital kerana demam panas dan mengalami masalah penafasan.

Kemudian, pada 20 Mac 2020 kedua-dua anakan Nek Usu didapati positif COVID-19 dan pada sebelah malam, ujian saringan Nek Usu Kayah keluar dan didapati positif juga.

 

Kawan pejabat baru pulang dari Itali

Kemudian, semua ahli keluarga ditahan selepas ujian saringan Covid-19 keluar termasuk dengan mak dan abah kepada Sharifah Huzaimah ini.

Pada 27 Mac 2020, keputusan saringan dan X-ray keluar dan menyebabkan mereka dimasukkan ke Sarawak General Hospital (SGH).

Huzai mah memberitahu menerusi sumber dipercayai anak perempuan kepada Nek Usu (kini sudah sihat) berkemungkinan mendapat virus ini daripada rakan sepejabatnya.

Rakan sepejabatnya itu baru pulang melancong dari Itali dan dia masuk ke pejabat seperti biasa.

Seramai 25 ahli keluarga pula dijangkiti positif COVID-19 pada 27 Mac 2020.

 

Abah masuk ICU

5 April 2020 merupakan hari kedua ayah Huzaimah menerima rawatan ICU di mana keadaannya dengan memakai topeng oksigen akibat paru-paru dijangkiti.

 

5 ahli keluarga menemui Ilahi


Menrusi perkongsian di Facebook Hanifah Ibrahim, beliau berkongsi foto dan senarai lima orang ahli keluarga yang pergi menghadap Ilahi akibat wabak COVID-19.

Mereka adalah mangsa

Di dalam perkongsian Facebook Dzulkarnain juga menjelaskan 5 sekeluarga yang meninggal duni akibat COVID-19 adalah mangsa jangkitan dari individu lain.

Justeru itu, beliau berharap agar tiada tuduhan melulu dilemparkan kepada keluarga ini.