[VIDEO] Fattah Buat Ucapan Sweet Buat Isteri Tercinta Ketika Sambut Birthday Fazura

Pasangan selebtirit romantis Fattah Amin dan Fazura antara pasangan artis yang sering mendapat perhatian ramai dari peminat mereka.

Pasangan ini dikatakan secocok seperti merpati dua sejoli dan sering berkongsi gambar kemesraan mereka di laman sosial Instagram dan momen indah mereka bersama pengikut masing-masing.

Terbaru, Fattah Amin yang merupakan pelakon pujaan ramai telah memuat naik satu video dan ucapan yang romantis buat isteri tercinta Fazura sempena hari lahir Fazura baru-baru ini.

Mereka tampil berseri dan bersahaja dengan jubah biru yang menampakkan kejelitaan dan keayuan wajah Fazura yang sentiasa mengukir senyuman disisi suami tercinta Fattah Amin.

Fazura juga kelihatan sopan dan manis mengenakan tudung pada majlis itu yang dilihat  sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Ucapan Fattah Amin menerusi laman Instagramnya juga telah tular yang dikatakan ucapan romantis buat isteri tercinta. Pasangan ini juga dilihat sangat menyayangi satu sama lain.

“You make me smile for no reason, your love is my treasure, my love for you knows no season, because I love you beyond measure”.

“Happy birthday to my sweet, loving, caring wifey @missfazura semoga Allah sentiasa lindungi, rahmati, kurniakan kebahagian, kejayaan dunia dan akhirat”.

“Amin ya rabbal alamin. I love you”.

Selamat hari lahir buat Fazura dan semoga Fattah Amin dan Fazura terus berbahagia sehingga ke akhir hayat.