[FOTO] Jurusolek & Usahawan Kosmetik Terkenal Datuk Alha Alfa Sah Bergelar Suami

Jurusolek dan Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa, 31, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Noor Azlin Ismail, 23.

Dengan dengan sekali lafaz pasangan ini sah menjadi suami isteri. Majlis berlangsung di sebuah hotel di Taiping dalam suasana yang penuh meriah.

Datuk Alha bersama pasangannya dinikahkan oleh jurunikah, Roziman Tajuddin yang mewakili abang Noor Azlin yang tampak berseri dengan busana berwarna putih.

Majlis pernikahan meriah dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada anggota keluarga dan teman rapat mempelai.

Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk senaskah al-Quran, mas kahwin RM1,000 dan seutas rantai tangan kepada pengantin perempuan.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 29 September tahun lalu dan telah memilih tarikh hari ini sebagai hari ini sebagai momen indah mereka disatukan menjadi suami dan isteri.

Datuk Alha yang ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, beliau bersyukur selamat diijabkabulkan dengan pasangan dalam majlis yang berlangsung sederhana dan berjalan lancar.

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar sebagaimana dirancang dan ikatan pernikahan ini adalah lambang cinta kami selepas bercinta selama lebih lima tahun,” ujarnya kepada Harian Metro.

“Kami bersyukur dengan semua perancangan yang diatur Allah dan Alhamdulillah inilah harinya kami disatukan,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan mempunyai anak, Alha berkata beliau menyerahkan semuanya kepada rezeki malah berharap dan berdoa supaya segera menimang cahaya mata.

Pada majlis pernikahan Noor Azlin memakai busana rekaan Embun Klasik Bridal Botique manakala Datuk Alha memakai busana Melayu putih rekaan Dzulclassique.

Majlis resepsi akan diteruskan di lokasi yang sama bagi pihak pengantin perempuan bermula jam 11 pagi sehingga jam 4 petang.


Tahniah untuk Datu Alha Alfa dan pasangan, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dari kami.