[VIDEO] Fasih Cakap Tamil & Kantonis, Makcik Ini Selamba ‘Membawang’ Dengan Jiran Cina & India

Kemampuan menuturkan beberapa bahasa dengan fasih disebutkan sebagai Poliglotisme. Walaupun begitu, belum ada kesepakatan mengenai berapa banyak bahasa yang harus dikuasai seseorang agar boleh disebut sebagai poliglot.

Ini kerana, ada yang menetapkan “empat atau lebih” kerana penutur dua atau tiga bahasa biasanya disebut dwibahasa (bilingual) dan tribahasa (trilingual). Istilah multibahasa juga mirip dengan poliglot.

Pada zaman globalisasi sekarang ini, bila ramai individu sudah pandai dan fasih berbahasa Inggeris itu sudah biasa.

Namun, apa terjadi jika seseorang itu mampu menguasai bahasa lain selain bahasa Inggeris? Tentu hal itu cukup dikategorikan sebagai sesuatu yang amat istimewa.

Bukan senang nak pelajari bahasa lain yang bukan bahasa ibunda kita terutama masyarakat Melayu.

Kita semua sedia maklum, Malaysia memang terkenal dengan sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum.

Jadi sudah tentu, terdapat kepelbagaian bahasa seperti bahasa Melayu, Tamil, Cina dan lain-lain lagi.

Seperti yang tular baru-baru ini, mak cik ini apabila dia mampu menguasai bahasa Kantonis dan Tamil dengan baik.

Bukan itu sahaja, yang meariknya dia siap membawang dengan jiran jiran dengan menggunakan bahasa tersebut. Kita yang dengar ni pun kusyuk! Petah betul mak cik ni bertutur bahasa lain!

Mak pergi borak dengan geng cina dia..

Video yang tular di media sosial yang dikongsikan oleh @maiyahrahim di laman applikasi tiktok itu menjadi perhatian ramai.

Menerusi Video itu, Rata-ratanya menyifatkan ia sesuatu yang hebat untuk dikuasai berbanding bahasa Mandarin. Manakan tidak, dengan santai dia berborak engan menggunkanbahasa Kantonis sehinggakan ada sebilangan warga netizen yang berbangsa cina memuji kelebihan mak cik ini.

@maiyahrahim_Reply to @kingmrboyboy♬ original sound – Cikk.Mayaaaaa

Membawang bahasa Tamil dengan jiran..

Tidak cukup dengan itu, wanita itu juga turut berkongsi video menunjukkan ibunya menegur jiran lain yang berbangsa India dengan bercakap menggunakan bahasa Tamil dengan begitu fasih.

Video tersebut meraih 1.6 juta tontonan oleh warganet, apa yang lagi mencuit hati, gerak-geri tangannya yang khusyuk berborak menunjukkan dia benar-benar menguasai bahasa Tamil dengan hebat.

@maiyahrahim_Reply to @putra.syg korang tgkla mak kita ni , dalam nak naik moto tu . Boleh membawang bahasa tamil tu dgn jiran walaupun jauh 🤣. ##fyp ##fypシ♬ original sound – Cikk.Mayaaaaa

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terkasema dengan keistimewaan yang dimiliki oleh mak cik ini dan berharap lebih ramai di luar sana yang dapat menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda.

“Dengan gaya-gaya sekali bercakap. Bukan calang-calang makcik ni…”

“So nice. This is beauty of Malaysia…”

Menerusi muatnaik terbaru, ibu gadis berkenaan mengucap terimaksih kepada semua yang menonton videonya.

@maiyahrahim_Reply to @laqthesh ##fypシ ##fyp ##fypp ##fypplis ##xyzbca♬ original sound – Cikk.Mayaaaaa