[VIDEO] “Duit bantuan RM100Ribu Nak Main Forex” Puteri Balqis Buat Netizen Tercengang

Beberapa hari kebelakangan ini kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis telah  menjadi bualan ramai dan perhatian netizen.

Ini disebabkan Balqis sedang berdepan dengan kesempitan hidup sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan untuk menampung kehidupan seharian.

Rentetan daripada kisahnya itu, ramai pihak tampil memberikan bantuan dan difahamkan dana bantuannya sudah mencecah RM100,000.

Kisahnya itu mendapat perhatian Datuk Aliff Syukri yang telah menjemputnya untuk ditemubual di dalam program laman Youtube TV Terlajak Laris.

Di dalam temubual tersebut, Aliff ada bertanyakan Balqis apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000 tersebut.

Dengan tenang Balqis menjawab, dia akan menimpan duit tersebut, akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan serta akan dilaburkan dalam pasaran Forex kerana dia dan ibunya suka graf!

Rata-rata netizen tercengang dengan jawapan Balqis tersebut kerana dia langsung tidak menyebut untuk dana rawatannya.

Malah ramai yang mempersoalkan skim Forex yang akan dilaburkan oleh mereka nanti akan membazirkan wnag yang diderma ikhlas oleh orang ramai.

Lol xde pun sebut nk guna utk rawatan. Bukan tu paling penting ke

Muka Dato pun mcm hurmmm serius laa. *Sambil tarik nafas dalam dalam*

Patut pun tak cukup, kalau duit belakon smua kau lenjan p buat forex

Wtf forex? Double kan amount tu ke..better duit tu, invest on ur life..health and education

Forex? Hidup dah terumbang ambing mcm tu pun masih nak pikir utk bertaruh? Kau bukak kedai makan lagi ada faedah adik oooooi… apa kau fikir forex tu boleh dapat senang2 hasilnya.? Minat graf tak beerti faham dan mahir meramal graf.