“Sebab minat, langgarlah (pakai juga)” MK K-Clique Jelaskan Pakai Rantai dan Gelang Emas

Anggota kumpulan Hip Hop, K-Clique, MK mengaku enggan menipu diri sendiri apabila bercakap soal minatnya terhadap perhiasan emas. MK berkata, walaupun sedia maklum adalah haram bagi golongan lelaki memakai emas dalam Islam, dia tidak menganggap perkara itu sebagai kekangan untuknya terus selesa memakai perhiasan tersebut. “Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi [...]

Anak-anak muda pastinya mengenali dan meminati anggota kumpulan yang sedang meningkat naik iaitu MK K-Clique.

Boleh dikatakan setiap lagu yang dihasilkan pasti menjadi siulan ‘budak-budak baru nak up’.

Namun apabila bercakap tentang minatnya terhadap perhiasan emas, MK tidak mahu menipu diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut) on

Menurutnya, walaupun sedia maklum adalah haram bagi orang lelaki untuk memakai emas dalam Islam, MK tidak menganggap perkara itu sebagai kekangan untuknya.

“Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi sebab minat, langgarlah (pakai juga).”

Menurutnya itu adalah perkara biasa dan dia hanya menjadi dirinya sendiri.

“Bagi saya tu perkara biasa. Daripada jadi penipu, baik jadi diri sendiri. Sendiri mau tanggung, keep it real,” katanya.

Malah menurut MK, dosa ialah urusan peribadi yang ditanggung sendiri oleh dirinya, oleh itu , jika dia yang memakai emas, ia tidak wajar dijadikan penyebab dirinya dihukum oleh warganet.

MK juga menambah, kita semua adalah pendosa dan netizen tidak patut menjatuhkan hukum.

“Kita masing-masing adalah pendosa, jadi ini bukan sebab untuk netizen menjatuhkan hukum,” katanya.

Pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan ditemui pada majlis Era Digital Music Awards 2019 (EDMA 2019) yang berlangsung di Battle Arena, lapor Malaysia Kini.

K-Clique berjaya membolot dua daripada lima kategori dipertandingkan iaitu Lagu Featuring Hit iaitu Mimpi (K-Clique feat Aliff) dan Rappers Paling Onz.

Sebelum ini, ada peminat yang meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila sering kali melihat MK muncul melakukan persembahan sambil memakai rantai dan gelang emas.

Namun, MK memberitahu yang dia memakai barangan kemas tersebut hanya sewaktu terbabit aktiviti persembahan sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut) on

Mk juga berkata dia tidak berniat nak mengajar benda yang tidak baik kepada peminatnya.

“Saya tak ada niat nak ajar benda tak baik pada sesiapa. Imej saya bukan bertujuan untuk memprovvokasi peminat dan sebagainya.

“Jika nak katakan saya beri contoh tak baik, ramai lagi artis lain yang selalu berbuat perkara seperti tu tapi mengapa saya yang selalu mendapat perhatian,” katanya.

Semoga para peminat terutamanya anak-anak kecil yang masih bersekolah tidak terikut-ikut perangai tidak baik dari selebriti.