[VIDEO] “Drivernya joĺok2 mangga,” Nampak JPJ Datang, Driver Lori Tiba-tiba ‘Busy’ Kait Buah

Ketika sedang memandu di jalan raya dan ternampak kehadiran pihak berkuasa pastinya akan membuatkan jantung anda berdebar.

Lalu pasti setiap orang akan memastikan mereka dalam keadaan yang selamat dan mematuhi peraturan sebelum berdepan dengan pegawai yang bertugas.

Pihak berkuasa hanya bertindak mengawal lalu lintas

Kadang kala tiada kesalahan yang dilakukan namun perasan gementar itu masih timbul walhal mereka hanya bertindak untuk mengawal lalu lintas.

Namun begitu, jika anda ketika itu melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang pastinya takut dan berdebar berdepan dengan mereka.

Pemandu lori berlakon ketika pegawai JPJ datang

Meskipun kehadiran pihak berkuasa ini menakutkan orang ramai namun ia sesuatu yang bagus kerana mereka perlu peka dengan pelbagai kenderaan yang berada di atas jalan raya.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok Tamjenggot, satu rakaman video memaparkan beberapa anggota JPJ dilihat sedang memeriksa beberapa kenderaan.

Dalam rakaman video berkenaan, seorang anggota JPJ sedang memeriksa sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.

Tiada pemandu ketika lori berkenaan diperiksa

Sambil mencatat apa yang perlu, anggota berkenaan turut datang berhampiran lori tersebut untuk menyemak kenderaan itu.

Kelihatan beberapa kali anggota tersebut menjenguk ke arah kenderaan itu mungkin kerana tiada pemandu berhampiran lori berkenaan.

Pemandu lori berlakon sedang jolok buah mangga tepi jalan

Apa yang menarik perhatian ramai, rupanya-rupanya pemandu lori ada berdekatan dengan lori berkenaan.

Apabila pemandu itu melihat kehadiran pihak berkuasa, dia secara tiba-tiba mengambil sebatang galah yang terletak di sebuah pokok berhampiran lokasi.

Lalu pemandu berkenaan sedang  berlakon menjolok buah mangga yang terdapat di pokok berkenaan sambil matanya sesekali melihat kelibat pengawai itu.

Gelagat pemadu lori itu curi perhatian

Oleh kerana terlalu sibuk mengambil maklumat berkenaan lori kejadian, pihak berkuasa tidak perasan akan gelagat pemandu lori berkenaan.

@tamjenggotDrivernya joĺok jolok manga😂😂😂😂♬ bunyi asal – MAMASempoi🌹SYAFIQ💞 – MYSWEET ❤️😘🌹🌹LIEZA🌹

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dan telatah pemandu lori itu.

Malah mereka turut berpendapat pemandu lori berkenaan bijak mengatur strategi untuk berdepan dengan situasi yang tidak terjangka itu.

@tamjenggotpart 02 drivernya pura pura jolok mangga dr depan cctv😁😁😁😁♬ Baru Betul – Akar