[VIDEO] Dr. Muszaphar Tegur Aksi Alisa Aisyah, Tapi Komennya Dipadam Oleh Hairul Azreen

Selebriti Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen sememangnya tak pernah lekang daripada perhatian orang ramai.

Mereka bukan sahaja terkenal bahkan anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah turut menjadi tumpuan peminat.

Jika anda rajin menjengah ke laman Instagram pasangan ini, mereka sering memuat naik entri mengenai anak-anak mereka.

Tujuannya adalah untuk berkongsi perkembangan anak kesayangan bersama para peminat yang tak henti-henti menyokong karier mereka.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Hairul telah memuat naik satu video di mana dia telah memegang kaki Alisya dan membiarkan bayi itu berdiri menggunakan kekuatan kakinya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

@thealisaaisyah 4 months #SundayisFamilyDay

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Rata-rata peminat yang melihat aksi itu telah memuji daya tahan Alisya, siap ada yang cakap nak buat aksi yang sama dengan anak-anak mereka.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen ialah angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar telah menegur perbuatan itu sebagai tidak elok dilakukan kepada bayi.

Menurutnya otot dan tulang bayi yang masih tidak mampu menahan aksi sedemikian dan mungkin akan memberi akibat buruk nanti.

Walaubagaimanapun, lebih mengejutkan apabila Hairul telah memadam komen berunsur nasihat itu daripada ruangan entri tersebut.

Tindakannya itu menyebabkan netizen terus menyelar tindakan pelakon lelaki itu yang seperti tidak boleh ditegur.

Malah mereka juga bengang kerana komen baik daripada Dr. Sheikh Muszaphar itu seharusnya dibiarkan supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.

Seorang individu lain telah menyoal kembali kepada angkasawan tersebut mengenai tegurannya itu dan berjaya mendapat jawapan penuhnya.