“Lebih baik sendiri tapi bahagia..” Bergambar Tanpa Isteri, Luahan Aliff Syukri Cetus Tanda Tanya Netizen

Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangannya Datin Seri Nur Shahida.

mereka adalah pasangan jutawan kosmetik yang sering menjadi tumpuan ramai netizen di Facebook dan Instagram.

Malah, kebahagiaan pasangan ini yang bakal menimang cahaya mata kelima turut dimuatnaik melalui video-video lucu mereka berdua.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini kedua-duanya sering dilihat memuat naik perkongsian luahan sedih seolah menggambarkan situasi rumah tangga mereka

Malahan Aliff dan Shahida kini kerap memuat naik gambar bersendirian.

Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik sekeping gambar beliau bersama anak-anak dan ibunya tanpa Shahida di sisi.

“merekalah segalanya.. Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia….”

Rata-rata netizen mempersoalkan apa yang berlaku di antara Aliff dan isterinya Shahida hinggakan Aliff membuat luahan sebegitu.

Dalam masa yang sama, isterinya juga baru memuat naik luahan di laman Instagram beberapa hari yang lepas.

Bila buat Q & A,banyak orang tanya dan cerita ttg masalah kehidupan masing…….kadang2 saya rasa dah cmm pakar motivasi….

sedangkan hidup saya pun x berapa nak betul juga…

rupanya kadang kita rasa kita dah merana tapi ada yg lebih hebat dugaan nya…

Dulu2 waktu saya kecik bila saya sedih atau saya kena marah saya pasti akan tulis dalam buku atau kertas ttg apa yg saya lalui hari ini….saya buat benda tu sampai saya dah ada anak 2 orang……

tapi lama2 saya x buat lagi sebab apa? sebab bila kita baca balik kita akan rasa sedih dan ingat segala yg pahit2 dalam hidup…

Jadi tips dia nak bahgia ni kena lupa benda2 yg buruk….ingat yg indah2 sahaja sebab bila kita sedih kita x akan kemana2 pun malah kita akan rasa lagi down dan tidak bersemangat……

walau hati tidak redha tapi itukan takdir kita,kena kuat sebab masa akan membantu kita melupakan segalanya

 

View this post on Instagram

 

Bila buat Q & A,banyak orang tanya dan cerita ttg masalah kehidupan masing…….kadang2 saya rasa dah cmm pakar motivasi🤣🤣….sedangkan hidup saya pun x berapa nak betul juga… rupanya kadang kita rasa kita dah merana tapi ada yg lebih hebat dugaan nya… . Dulu2 waktu saya kecik bila saya sedih atau saya kena marah saya pasti akan tulis dalam buku atau kertas ttg apa yg saya lalui hari ini….saya buat benda tu sampai saya dah ada anak 2 orang……tapi lama2 saya x buat lagi sebab apa? sebab bila kita baca balik kita akan rasa sedih dan ingat segala yg pahit2 dalam hidup… . Jadi tips dia nak bahgia ni kena lupa benda2 yg buruk….ingat yg indah2 sahaja sebab bila kita sedih kita x akan kemana2 pun malah kita akan rasa lagi down dan tidak bersemangat…… . walau hati tidak redha tapi itukan takdir kita,kena kuat sebab masa akan membantu kita melupakan segalanya❤️❤️👏🏻

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan rumahtangga Aliff Syukri dan Shahida.