Pelakon, Fatin Afeefa sering kali menjadi tumpuan ramai apatah lagi dia diantara pelakon kanak-kanak yang menjadi kegemaran netizen sehingga kini.

Memiliki wajah cantik dan tubuh badan ideal ini pastinya ramai yang tidak tahu bahawa Fatin mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan terdahulu namun kini dia bergelar ibu tunggal.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang untuk pelakon ini sentiasa menjaga penampilan dirinya.

Sangat cantik!

Menerusi Instagram, terbaru pula posting Fatin mengenai satu nasihat buat pengikutnya untuk sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak perlu mempedulikan kata-kata orang mengenai diri anda.

Namun, berikutan filem yang disukai ramai iaitu Tentang Bulan yang merupakan arahan pengarah terkenal Ahmad Idham pula, lakonan Fatin turut menjadi salah satu yang membuatkan ramai yang sering mengingati namanya.

Posting video tersebut, di ruangan komen mendapat pertanyaan mengenai warna kulit Fatin yang dikatakan berbeza dahulu dan kini.

Tidak hanya itu, selain memberi komen tentang perubahan Fatin dulu kelihatan hitam namun kini sudah berubah putih, individu terbabit juga mengaitkan tentang wang yang acap kali menjadi isu buat artis bahawa kononnya wang mampu mengubah penampilan seseorang.

Komen individu terbabit juga turut dibalas oleh Fatin bahawa kecantikan tidak memerlukan wang tetapi kerana sikap dan menasihati netizen itu agar bersikap baik dengan orang lain maka akan cantik dalaman dan luaran.

Tak perlu duit pun

 

Tidak hanya itu, pelakon ini sentiasa menerima pujian daripada pengikutnya di Instagram mengenai kulit wajahnya yang dikatakan perfect.

Cantik


 

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: HCL[/su_note]

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.