Meremang Ustaz Dengar Kisah Bagaimana Mimpi Gadis Ini Sebelum Dia Berniat Untuk Memeluk Islam

Sebagai seorang mukmin, sudah semestinya kehadiran ‘saudara’ baru ini merupakan satu berita gembira.

Mendapat sokongan keluarga, hasrat Neythrose untuk yang ingin memeluk agama islam sejak 7 tahun dahulu akhirnya tercapai. Tersenyum kagum admin bila baca ‘perjalanan’ dia memeluk islam ini.

Lepas 7 tahun menunggu masa yang tepat..Dah lama sangat nak”

Sumber : Twitter

“alhamdulillah….. after 7 years waiting for the right time..21/11/2018 best moment ever..thanks always support me, congrats to myself,thanks pada mereka yang terlibat .really appreciate. since ramai yang Dm tanya sebab apa saya convert..so saya share dekat sini je la ye . actually benda ni memang dah lama sangat nak, zaman form 1 smpai spm tu memang la family kata masih muda lagi, but sekarang ni dah 20 pandai dah buat pilihan sendri ,and family saya pun okey je.”

Menurutnya, punca utama yang membuatkan hasratnya membuak-buak untuk berhijrah setelah 7 tahun ini adalah disebabkan satu mimpi aneh yang terjadi kepadanya.

Ramai terkejut, mana taknya mimpi yang dia alami itu terjadi sewaktu dia masih belum memeluk agama islam lagi. Ustaz yang membimbingnya untuk mengucap syahadah sewaktu berhijrah sendiri meremang bila mendengarnya.

“Saya ada 1 mimpi , bila saya cerita dekat orang sekeliling diorang pun terkejut..sampai hari syahadh ustaz tu meremang”

Mimpi yang dialami olehnya ini, seolah-seolah memberikan satu petanda untuk dia berhijrah. Dari situ hasratnya untuk memeluk islam makin membuak-buak dan pada tanggal 21/11/2018. Dia secara rasminya sudah menjadi ‘keluarga’ sesama islam.

“sekian lama tunggu , oneday hmm tahun ni juga dalam bulan 3 atau 4 kot. saya ada 1 mimpi , bila saya cerita dekat orang sekeliling diorang pun terkejut , saya cerita sebab nak tahu je kenapa dapat mimpi macam tu, sampai hari syahadh ustaz tu meremang dengar cerita mimpi ni. so dari mimpi tu la saya proceed sampai la dah convert , mimpi tu cerita nya macam ni “malam tu tidurkan so mimpi la ada sorang perempuan ni pakai telekung duk atas sejadah depan dia ada al-quran.dalam masjid tu dia je yang paling bersinar.”

 

 

Bila mimpi macam tu 21/11/2018 baru dapat convert

“dalam masa yang sama, dia panggil saya duk sekali dengan dia , sedar tak sedar saya pun dah pakai telekung dah masa tu , tapi saya tak nampak muka perempuan tu,sebab sinar sangat.dalam masjid tu cuma kami berdua je. dah duduk dengan dia terus terjaga , sebab azan . senang cakap saya memang dah lama minat , cuma menunggu masa yg sesuai tu agak lama , bila mimpi macam tu 21/11/2018 baru dapat convert .. tu je la boleh share”

Sudah pastinya netizen begitu kagum dengan wanita ini, ada yang terharu dengan kisahnya. Bahkan dia disambut mesra oleh netizen yang beragama islam.

“Selamat datang ke keluarga besar islam” -Netizen

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Lobak Merah[/su_note]