[VIDEO] Didakwa Berkahwin Dua, Ini Penjelasan Naqiu Boboy

Selebriti yang mula meningkat naik semula menerusi rancangan realiti, Naqiu Boboy didakwa pernah berkahwin dua sebelum ini.

Naqiu juga dituduh sudah menceraiikan isteri pertama.

Walaubagaimanapun, tidak melatah dengan tuduhan itu, Naqiu yang berusia 33 atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib berkata, perkara itu tidak masuk akal, lapor HMetro.

“Awak tengok muka saya, layakkah ada dua isteri? Memang tak ada.”

Menurut Naqiu, dia tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sedangkan anaknya semua berumur selang setahun.

“Saya tak tahu dari mana cerita ini timbul. Saya pun tak tahu, malah siap kata ada dua isteri. Semua tahu umur anak saya rapat, iaitu selang setahun.”

“Anak sulung berusia tujuh tahun, kedua (enam), ketiga (lima), keempat (empat) dan yang bongsu baru nak masuk setahun. Jadi, bila masa saya kahwin dua tu,” katanya.

Menurut Naqiu lagi, apa yang disebarkan itu adalah kelakar apabila mengatakan isterinya yang dikatakan lemah lembut dikenali sebagai Hani merampas kawan baik sendiri yang kononnya isteri pertama.

Tuduhan yang dimuatnaik akaun Kiah Ronggeng 88 itu juga mendakwa Naqiu menceraiikan isteri pertama selepas dihassut isteri kedua.

”Ini paling kelakar. Isteri saya memang merendah diri. Dia adalah teman hidup saya,” katanya.

Namun, Naqiu menerima dengan terbuka perhatian yang diberikan kepadanya selepas 12 tahun menyepikan diri daripada industri.

Video penjelasan Naqiu tuduhan berkahwin dua

”Saya terbuka apa saja. Ini bermakna orang memberi perhatian pada saya. Seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam sudut positif orang sentiasa mencari saya.

”Kalau dari segi negatif, mungkin nak menjatuhkan saya. Tapi saya banyak ke arah sudut positif. Tapi bagi saya okey saja sebab orang cari kita kan.

“Sepanjang 12 tahun senyap dan baru dalam lebih sebulan saja saya muncul semula orang sudah korek macam-macam. Sedikit sebanyak ada bagusnya juga untuk kerjaya.

”Apa pun, kepentingan saya sekarang adalah kerjaya sebab ada banyak lagi perancangan,” katanya.

Walaubagaimanapun, Naqiu berterima kasih kepada individu yang menyebarkan cerita itu yang dianggap ambil berat terhadap dirinya.

“Saya berterima kasih kepada individu itu kerana ambil berat mengenai saya. Saya doakan awak bahagia.

Naqiu juga berkata dia tidak mengambil pusing mengenai perkara ini.

“Saya tak ambil pusing pun perkara ini. Sekejap saja saya akan lupakan. Sebab saya jenis macam itu,” katanya.

Naqiu merupakan bekas vokalis kumpulan Boboy yang menjadi kegemaran di kalangan peminat wanita.

Album pertama kumpulan Boboy iaitu Episod Cinta dianggarkan mendapat kutipan melebihi 30,000 unit di mana sekitar zaman 2001 merupakan zaman kegemilangan mereka sehingga jadual mereka begitu ketat.