[VIDEO] Cuba Cover Lagu Wann, Peminat Terpesona Dengan Suara Tok Ti

Kehangatan Gegar Vaganza semakin terasa dari minggu ke minggu apabila semua peserta ternyata memberikan sepenuh komitmen untuk pertandingan ini.

Kesemua peserta dilihat kembali bersaing diantara satu sama lain dengan membuat persembahan yang memukau juri dan penonton.

Ternyata rancangan ini mampu mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu.

Tular rakaman video Tok Ti nyanyi lagu Wann

Terbaru, satu individu telah berkongsi satu rakaman video di laman sosial Twitter yang telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Rakaman video itu merakamkan penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Lamunan Hati.

Datuk Siti Nurhaliza yang lebih mesra di panggil Tok Ti sempat menyanyikan lagu Lamunan Hati yang merupakan nyanyian asal Wann.

Peminat Puji Suara Tok Ti bawak lagu Lamunan Hati

Walaupun hanya menyanyikan sedikit dari lagu tersebut ternyata kelunakan suara Tok Ti memukau siapa yang mendengarnya.

“Aku suka lahhh bile tok ti @CTNurhaliza11 bawak lagu #wan #gegarvaganza2019,” tulisnya.

Menerusi rakaman video itu, ramai netizen turut memberikan komen dan reaksi terhadap video berkenaan.

Kemeriahan Gegar Vaganza separuh akhir

Sementara itu, Wann antara salah seorang peserta yang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Kemeriahan Gegar Vaganza diteruskan dengan pentas separuh akhir bakal berlangsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD, Ahad depan.

Untuk semua peserta Gegar Vaganza yang masih bertanding semoga maju jaya dan memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.