[VIDEO] Demi Kesihatan Orang Ramai, Frontliners Terpaksa Lalu Titi Kayu Usang

Penularan pandemik Covid-19 dinegara kita di tahap membimbangkan terutama negeri Sabah yang mencatatkan jumlah jangkitan yang tinggi setiap hari.

Pelbagai bantuan dihantar ke sana termasuklah bantuan khidmat petugas kesihatan bagi membantu rakan-rakan disana.

Frontliner lengkap bersut meniti sebuah titi kayu

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman Twitter, satu video mengenai petugas barisan hadapan yang bertugas di salah sebuah kawasan pedalaman telah mendapat perhatian ramai.

Video tersebut memaparkan sekumpulan ‘frontliners’ yang memakai sut hazmat sedang meniti sebuah titi kayu yang dilihat seperti tidak kukuh dan tidak selesa untuk mereka bekerja.

Terpaksa berjalan perlahan dan berhati-hat supaya tidak tergelincir

Demi tanggungjawab yang dipikul, tugas mereka adalah untuk memastikan penduduk dalam keadaan sihat, jadi mereka redha menghadapi juga.

Pasukan ini lengkap memakai sut mereka turut menjalankan tugas. Walaubagaimanapun, sut tersebut membataskan pergerakan mereka yang perlu meniti papan yang basah untuk masuk ke kawasan berkenaan.

Mereka berisiko tergelincir 

Dengan berhati-hati mereka berjalan melalui titi kayu supaya tidak tergelincir jatuh kerana sut tersebut menyukarkan mereka untuk berjalan.

Bukan itu sahaja, jika mereka tergelincir kemungkinan besar akan mengalami kecederaan serius.

Ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka

Video tersebut menyentuh hati orang ramai. Tidak menyangka, sebegitu sukar frontliner kita menjalankan tugas demi kesejahteraan negara.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-ratanya mereka turut mendoakan kesejahteraan frontliner yang menjalankan tugas demi negara.