Connect with us

Viral

[VIDEO] Dalam Tangisan Isteri Izin Suami Nikahi Bekas Kekasihnya Yang Sedang Sakit

Setiap pasangan suami isteri pasti tahu bahawa kunci keharmonian rumah tangga adalah bahagia. Isteri mana yang sanggup berkongsi suami tercinta dengan orang ketiga.

Di saat pasangan yang lain sedang membina rumah tangga yang bahagia yang pula yang terjadi kepada seorang wanita yang mengizinkan suaminya berkahwin dengan wanita lain.

Baru-baru muncul satu video viral tentang isu dimana seorang wanita dari Jakarta, Indonesia telah membuat keputusan untuk mengizinkan suaminya berkahwin dua oleh kerana madunya sakit tenat.

Tidak Dapat Menahan Air Mata

Video yang menyaksikan seorang wanita menitiskan air mata ketika menjadi saksi suaminya berkahwin kali kedua menjadi tular di laman sosial Indonesia.

Menurut keterangan video dari Instagram PalembangTerkini.Official, suami wanita itu bernikah kali kedua dengan bekas kekasih ketika di sekolah kerana bakal madunya itu sakit tenat dan memerlukan penjaga.

Di dalam posting itu, wanita itu telah menulis caption

“Ketika Suamiku Menikahi Mantannya” ungkap Rumah Pelangi.
.
Adakah seorang isteri yg setegar wanita ini?
.
#AkuikhlasEngkauMenikahLagi


“Hari ini, berlangsungnya perkahwinan kali kedua suamiku dengan bekas kekasihnya. Saya reda kerana Allah.

“Namun, air mata ini menitis juga saat kalimah sah dilafazkan sebaik akad selesai. Saya harap anda bahagia, wahai suami,” tulis wanita itu.

Video yang sudah diulang tayang hampir 40,000 kali itu menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@palembangterkini.official)

Hati Seorang Bidadari Berjiwa Ikhlas Itu Mahal

Kebanyakkan netizen rata-rata sebak melihat video tersebut melihat ketabahan seorang isteri yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain.

Namun, ada diantaranya menganggap isteri pertama sebenarnya tidak reda dengan pernikahan kali kedua dan oleh sebab itu, dia menangis.

“Saya rasa seperti sedang lihat drama di kaca televisyen. Isteri pertama ikhlas atau tidak sebenarnya?” komen salah satu netizen di posting tersebut.

Namun, difahamkan, dia ikhlas memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin dengan wanita itu dan sentiasa mendoakan agar mereka berdua memperoleh kebahagiaan bersama.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)