[VIDEO] Dakwa Dimarahi Semasa Live Review, Anak Pemilik Restoran Buat Penjelasan Sebenar

Sesuai dengan peredaran zaman, media sosial antara salah satu medium yang sudah menjadi kebiasaan para peniaga membuat promosi produk mereka.

Baru-baru ini, seorang usahawan dikenali sebagai Eira telah mencetuskan kekecohan apabila dia mendakwa telah dihalau oleh pemilik sebuah restoran yang terletak di Melaka.

Dimarahi kerana buat live

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Eira sedang membuat live mahu mempromosikan produknya.

Pada masa yang sama, dia juga berniat mahu memperkenalkan restoran tersebut sebelum dia dan rakan-rakan diminta tidak melakukan live di premis tersebut.

Ini kali pertama saya dimalukan

Memetik laporan mStar, Eira meluahkan rasa kesal dengan tindakan pemilik restoran itu, yang disifatkan sebagai biadap dan merendahkan dirinya.

“Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat reviu, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi meja ke meja jual produk”.

Datang ke restoran tanpa minta izin review produk

Walaubagaimanapun, anak kepada pemilik restoran tersebut turut memberi kenyataan berkenaan tindakan ibu bapanya melarang usahawan tersebut membuat live di premis mereka.

“Mereka datang ke restoran kami, tanpa minta izin tiba-tiba buat reviu produk. Suara dia pula tu kuat, sedangkan kami ada pelanggan-pelanggan lain ketika itu”.

Kami tak tengking dengan kata-kata kesat

“Kedai kami pun ada undang-undang bukan boleh buat macam tu sesuka hati jer. Tapi kami tak ada tengking dengan kata-kata kesat atau baling keluar produk mereka”.

Namun begitu, tidak tahu siapa yang perlu disalahkan dalam isu tersebut, kerana kedua-dua belah pihak ada alasan masing-masing.

Diharap segala perselisihan faham yang timbul ketika kejadian dapat diselesaikan dengan baik kedua-dua belah pihak.