[VIDEO] Dahlia Shazwan Kongsi Caranya Tukar Almari Freehair ke Gaya Bertudung

Dahlia Shazwan sebelum ini menjadi perhatian warganet sehingga ramai sudah mengenalinya apabila dia menjadi wajah Trivago Malaysia. Antara trademark iklan yang cukup disukai warganet, ‘hotel? Trivago’ dimana iklannya sering muncul di kaca televisyen. Suaranya melalui iklan berkenaan ternyata memberikan kesan kepada orang ramai tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bahkan sehingga kini juga ramai mengelarkan [...]

Dahlia Shazwan antara selebriti yang menjadi perhatian netizen sehingga boleh dikatakan semua orang sudah mengenalinya dengan menjadi wajah Trivago Malaysia.

Trademark iklan yang cukup disukai semua orang, ‘Hotel?Trivago’ di mana iklannya sering muncul di kaca televisyen.

Pada bulan Mac lepas, Dahlia sekali lagi mencuri tumpuan ramai di laman Instagram peribadinya berkongsikan fotonya yang kini berhijab.

“From the bottom of my heart, thank you pada semua yang mendoakan. Love you all.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dahlia Shazwan (@dahliashazwan) on

Dahlia Shazwan turut sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan dirinya.

“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.”

Terbaru, Dahlia ada berkongsikan caranya untuk mengubah almari pakaiannya daripada ‘freehair’ kepada gaya bertudung.

“Just sharing how I switched my wardrobe to a more halal look its not easy! But there are things that could help make the transition easier. Hope i could help those yang sedang mencuba juga! Dont forget to subscribe!”

Rata-rata peminat memuji usahanya yang istiqamah dalam menutup aurat dan berkongsi pengalamannya itu.

Menerusi laman YouTube miliknya pula, Dahlia bersama suami turut berkongsikan saat-saat diawal penghijrahannya dimana ianya bukan mudah.

Malah, Dahlia Shazwan turut memberikan beberapa tips yang dilakukan olehnya dalam menukar cara-cara pemakaiannya yang menutup aurat dan sesuai dengan penampilannya terkini.

Dahlia atau nama penuhnya Dahlia Shazwan binti Mohd Amin dilahirkan pada 1 Jun 1988 dan merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia.

Dahlia dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai pemasaran, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari 2018.