Lelaki Ini Guna 4,219 Skru Hasilkan Potret Unik Dr Noor Hisham Selama Dua Minggu

Pelukis seni Choong Chee Leong menjadi tumpuan netizen di media sosial selepas menghasilkan karya potret unik wajah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Sebagai tanda penghargaan Dr Noor Hisham dalam berjuang melawan wabak Covid-19, Choong atau terkenal dengan nama Ahguu berjaya membuat karya seni tersebut sebelum berkongsi di laman Instagram miliknya. Lelaki berusia [...]

Seorang pelukis seni yang dikenali sebagai Choong Chee Leong telah menjadi tumpuan netizen di media sosial selepas menghasilkan karya potret unik wajah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Choong, karya tersebut adalah sebagai tanda penghargaannya kepada Dr Noor Hisham dalam berjuang melawan wabak Covid-19.

Choong atau terkenal dengan nama Ahguu telah berjaya meniyiapkan karya seni tersebut dan berkongsi di laman Instagram miliknya.

“Drawing with 4219 screws. Dedicate this artwork to Datuk Seri Noor Hisham Abdullah made from 4219 screws.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ahguu_handcraft on

Berusia 33 tahun, Choong telah melakukan pelbagai eksperimen dengan benang dan paku sejak beberapa tahun dan mahu melakukan cabaran terhadap dirinya dengan menggunakan skru pula untuk karya seni terbarunya.

Choong memulakan karya tersebut dengan melukis terlebih dahulu wajah Dr Noor Hisham pada sehelai kertas berbeza.

Kemudia, Choong mengambil masa dua minggu bagi menyiapkan potret itu dengan menggunakan 4,219 skru secara keseluruhannya.

Anak seni kelahiran Perak itu mengakui karya seni yang menggunakan bahan seperti itu adalah pertama kali dilakukannya dan tidak mengetahui bagaimana hasilnya apabila siap.

“Setiap skru perlu digerudi dengan tepat. Ada beberapa sentuhan untuk menjadikan ciri-ciri Dr Noor Hisham muncul pada akhirnya. Kalau tidak, ia akan kelihatan seperti orang lain,”

Rata-rata netizen terpukau dengan hasil seni dan kesungguhannya menghabiskan masa dua minggu menghasilkan karya tersebut.