[VIDEO] “Dah bagi signal awal” Netizen Kecam Rider Tendang Side Mirror Myvi

Jenama kenderaan MyVi, kereta keluaran tempatan yang diberi gelaran ‘The King Of Road’ ini sering mencuri perhatian ramai dengan pelbagai aksi luar biasa di jalan raya.

Seperti yang kita ketahui, pada tahun ini sahaja pelbagai isu mengenai Myvi tercetus antaranya Myvi ‘terbang’ melepasi longkang besar, masuk jalan off-road dan ‘panjat’ naik tebing bukit sehinggakan para netizen tertanya-tanya adakah Myvi ini sememangnya dibina untuk pelbagai kegunaan kerana ianya kelihatan ‘tapau’ semua isu jalan raya di Malaysia.

Namun pun begitu, ada kalanya, ‘King’ tak buat salah namun tetap dipersalahkan.

Sama juga dngan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seorang penunggang motorsikal yang menendeang cermin sisi sebuah kereta Myvi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di Facebook itu, kelihatan Myvi tersebut telah pun memberikan signal lebih awal dan menukar lorong kanan secara perlahan bukannya bertindak melulu.

Walaubagaimana pun, tindakan penunggang motosikal yang datang dari belakang secara laju membunyikan hon seolah memberi amaran agar memberi laluan kepada mereka dan salah seorang penunggang tersebut bertindak di luar batas.

Video yang tular di laman Facebook:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan sikap penunggang motorsikal yang seolah-olah tiada adab dan zalim terhadap orang lain.

Malah, ada juga daripada warga netizen yang mempersoalkan mengapa kebanyakan penunggang motosikal tetap menunggang motosikal secara melulu walaupun ketika jalan sibuk.

“Kali pertama lihat posting Myvi diberi pembelaan” – Netizen

Semoga video pendek berdurasi 8 saat ini mampu membuka mata ramai pihak agar lebih bertolak ansur di atas jalan raya sekaligus terhindar dari menjadi pembuli jalan raya.