[VIDEO] “Comelnya baby jawa ni” Peminat Puji Mawar Rashid Tak Lupa Adat Tradisional Jawa

Mawar Rashid yang baru saja selamat melahirkan anak lelakinya sebelum ini sekali lagi menarik perhatian netizen di Instagram.

Melalui postingnya yang terbaru, Mawar memuat naik video dan gambar di sekitar photoshoot baby comelnya itu.

Di dalam posting tersebut, Mawar dan suami jelas masih menghormati dan tidak melupakan adat jawa apabila memakaikan baby kesayangan mereka dengan tema jawa.

 

View this post on Instagram

 

My baby Raden ❤️ @radenrafaelraf Thank you @tinywinyphotography

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Rata-rata peminat kagum dengan pasangan ini dan memuji kecomelan baby Raden.

 

View this post on Instagram

 

Behind the scene of his @radenrafaelraf photoshoot. Thank you @tinywinyphotography 😁

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Malah, rakan artis juga tidak melepaskan peluang menatap kecomelan Baby Raden dan meninggalkan komen pada posting tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Tak sabar nak tengok gambar my baby Raden tonight 😍 @tinywinyphotography cepat upload kay! Hehe @radenrafaelraf

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Sebelum ini, Mawar Rashid telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 13 Mac. Tepat jam 11:33 malam lahirlah cahaya mata kesayangan Raf dan Mawar.

Menerusi satu posting di Instagram, Raf Yaakob berkongsi sekeping foto bersama Mawar dan anaknya.

Di dalam posting itu Raf memberitahu Mawar selamat melahirkan anak secara normal dan kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat.

“Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, steriku @mawarashid selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan. Both mummy and baby are fine. But today, kita bagi Mawar and @mawaraf_jr rehat dulu ya? Insyaa’Allah besok kita update lagi. Thank you kepada semua yang banyak mendoakan”

Walaubagaimanapun berkenaan jantina anak, ii yang ditulis oleh Raf Yaakob.

“Boy or Girl? Wait for my next posting k”

Sehingga sekarang masih belum ada posting terbaru daripada Raf Yaakob.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesihatan kedua-dua ibu dan anak.