Rosma Selamat Lahirkan Anak Ketiga, Khai AF Kongsi Nama dan Jantina Cahaya Mata Mereka

Khai dan Rosma baru saja selamat menerima kelahiran cahaya ketiga mereka semalam di sebuah hospital di Bangi.

Melalui satu posting di Instagram, Khai telah berkongsi berita gembira itu di samping mengumumkan nama dan jantina anaknya itu.

Di daam gambar yang dimuat naik itu, jelas terpancar kebahagiaan pada wjah Khai AF di atas kurniaan Tuhan itu.

Tulis Khai,

Good Morning Semua… Syukur Alhamdullillah… Anak perempuan kami “Nur Alya Dhania” selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48pm berat 2.8kg.

Terima kasih buat doktor noraini & pembantu semua di hospital azzahrah bangi diatas layanan & bantuan semua.

Terima kasih juga diatas doa2 kalian semua famili, sedara mara, sahabat2 & rakan2 di FB & iG kami.

Isterinya Rosma selamat melahirkan cahaya mata ketiga dengan berat 2.8kg pada tengah hari semalam.

Puteri yang sangat comel itu diberi nama Nur Alya Dhania disambut oleh doktor dan jururawat di Hospital Azzahrah Bangi.

Sebelum ini, Rosma telah berkahwin dengan Khai AF1 yang juga merupakan naib juara Akademi Fantasia Musim 1 pada 26 April 2008.

Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin setelah hampir lima tahun bercinta. Pada 17 Julai 2009, Khai dan Rosma telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Amzar Danish.

Anak kedua mereka dilahirkan pada 4 Januari 2014 dan diberi nama Nur Amani Damia. Khai dan Rosma merupakan pengasas kepada produk kesihatan Magic Slims. Pada 15 Januari 2015, mereka telah membuka sebuah kafe yang diberi nama Coffee Rich Cafe.

Tahniah sekali lagi buat pasangan Khai dan Rosma. Semoga sentiasa bahagia hingga akhir hayat.