[VIDEO] Comel Menari Lagu Mengantuk, Netizen Dakwa Mirip Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Kita masih di fasa awal persekolahan dimana rata-rata netizen masih berkongsi video dan gambar gelagat anak-anak mereka.

Sekitar hari ini telah tular satu video comel di laman sosial yang memperlihatkan seorang budak comel berbaju seragam sekolah menari.

Pelajar menari lagu Mengantuknya Mumia

Kelihatan budak sekolah itu yang berada di barisan paling hadapan begitu asyik menari diiringi lagu Mengantuk Mumia.

Selain itu, lagu Mengantuknya Mumia merupakan lagu siri animasi Didi & Friends yang telah mencetuskan fenomena luar biasa sejak dilancarkan Oktober tahun lalu.

Disamping lirik mudah disebut, rentak lagu yang segar selain menampilkan karektor mumia menjadikan lagu ini siulan anak muda terutamanya bagi kanak-kanak.

Kanak-kanak bernama Isabella yang mencuri tumpuan ramai

Lagu berkenaan sekali menjadi sebutan apabila sepotong rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak sedang menari viral di media sosial Twitter milik elza.

Begitu comel seorang kanak-kanak menari di hadapan rakan sekolahnya, dia yang dikenali sebagai Issabelle Semanjan itu telah mencuri tumpuan ramai.

Gaya menari yang comel dan bersahaja

Isabella Semanjan telah dipuji orang ramai kerana gaya tarian beliau yang bersahaja dan kelihatan begitu comel.

Selain itu, beberapa gelagat comel kanak-kanak lain berpakaian seragam sekolah menari lagu Mengantuknya Mumia turut dikongsikan di laman Twitter.

Isabella dikatakan mirip Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Sementara itu, ada juga yang menyamakan wajah kanak-kanak bernama Isabella itu mirip Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah merupakan puteri bongsu kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sekeping gambar Tengku Puteri Jihan turut disamakan dengan Isabella yang masih comel lengkap memakai seragam sekolah.

Disamping itu, difahamkan Issabelle turut aktif menghasilkan video menerusi aplikasi TikTok.